Hampir tiga tahun kita ‘berperang’ dengan wabak Covid-19, pastinya pelbagai kisah suka dan duka telah kita dengari sepanjang penularan wabak tersebut.
Walaupun kita kini sedang dalam fasa peralihan endemik, tetapi kes positif masih tinggi dan kita perlu berjaga-jaga.
Baru-baru ini, seorang ibu telah berkongsi keadaannya yang terkena jangkitan wabak tersebut dan dikuarantin di wad bersalin lama Hospital Kuala Lumpur bersama bayinya yang berusia bawah dua bulan.
https://www.facebook.com/alia.nordin.3/posts/10159869896885498
“Rasa macam nak lari”
Perkongsian daripada Alia Nordin di laman Facebooknya itu menyatakan kondisi wad berkenaan sangat teruk sehinggakan tiada sinki untuk mencuci barangan bayi dan memandikan bayi.
Selain itu, peti sejuk untuk menyimpan susu yang sudah dipam juga amat mengerikan, keadaanya agak kotor sehingga membuatkan rasa jijik.
Lebih menyedihkan, ruangan untuk ibu menyusukan bayi atau mengepam susu juga tidak disediakan, pesakit terpaksa menyusukan bayi di hadapan pesakit-pesakit lain secara terbuka.
Wad kotor, paip bocor dan makanan sampai lambat
Sejurus Puan Alia memuat naik posting tersebut, ramai lagi yang berkongsi kedaifan wad bersalin lama di Hospital Kuala Lumpur itu.
Harap masalah ini dapar diselesaikan dengan kadar segera!