in

“Jangan tukar kelab lain” – Faisal Halim Muat Naik Gambar Hitam Putih Buat Netizen Risau

syaz ft 2025 11 13T104751.089

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemain sensasi Selangor FC, Faisal Halim sekali lagi menarik perhatian netizen selepas berkongsi sekeping foto hitam putih tanpa sebarang kapsyen di laman Instagram miliknya semalam.

Walaupun tiada kata yang menyertai hantaran tersebut, ruang komen dibanjiri ribuan mesej penuh semangat dan doa daripada netizen yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada Faisal, atau lebih dikenali sebagai Mickey.


Artikel berkaitan: “Patutlah layan aku macam sampah” – IG Story Isteri Faisal Halim Tarik Perhatian Ramai

Artikel berkaitan: Faisal Halim Jumpa Peminat Selangor FC Selepas Tewas Dengan Persib Bandung

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faisal Halim (@faisalhalim.7)

Rata-rata pengikutnya itu mendoakan agar pemain sayap Harimau Malaya tersebut terus tabah menghadapi segala ujian, bukan sahaja di arena bola sepak, tetapi juga dalam kehidupan peribadinya.

cats 7

Terdahulu, Faisal pernah melalui pelbagai dugaan di luar padang, termasuk isu rumah tangga yang kembali menjadi tumpuan ramai.

Isnin lalu, isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahri telah memuat naik sebuah gambar di media sosial dengan kapsyen berbunyi “perkahwinan bukan satu perjudian, patut layan aku macam sampah”, sekali gus menimbulkan semula persoalan tentang keadaan rumah tangga mereka.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Khalish Aryan.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.