in

“Jangan terpedaya tiket flight murah” – Tambah 334 Kes Baru, Rupanya Dah Lebih 1,500 Orang Positif Coronavirus di Korea Selatan

Covid Korea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, laporan mengesahkan terdapat 334 kes baru Covid-19 selama beberapa hari lepas. Jumlah itu menjadikan Korea Selatan sebagai negara paling banyak dijangkiti Covid-19 selepas China.


Mengikut kemas kini terbaru (27 Februari), terdapat 1,595 kes jangkitan Covid-19 berlaku di negara itu dengan 13 kematian! Jumlah jangkitan itu dijangka akan bertambah dari hari ke hari di mana pihak berkuasa telah menjalankan ujian terhadap 210,000 individu di tempat wabak itu menular.

Covid1

Menurut Yonhap News, lebih daripada separuh kes baru ini dikatakan dari selatan bandar Daegu. 307 daripada 334 kes itu berasal dari sana manakala empat lagi kes disahkan dari wilayah di Utara Gyeongsang.

Secara keseluruhannya Daegu mencatatkan 1,017 jumlah jangkitan manakala Utara Gyeongsang pula mempunyai 321 kes. Wilayah besar dan bandar yang lain turut mengesahkan jangkitan, salah satunya adalah Seoul dengan 6 kes.

Covid3

Covid2

Ahad lepas Korea Selatan telah menaikkan amaran merah dan kini pihak kesihatan sedang memberi fokus untuk menghentikan penularan wabak ini di Daegu terutamanya.

Patutlah tiket flight murah… Siapa nak tempah maut silakan pergi…

Baca: 13 Pesakit Yang Dah Sembuh Terkena Balik Coronavirus

Corona2

Sumber: The Star
Sumber: The Star
Sumber: EDP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.