“Jangan selalu share gambar kat public” – Gambar Suami Isteri Dengan Ayat Mantra Dipercayai Sihir Pemisah Diambil Dari FB

Orang selalu pesan jangan terlalu kerap tayang kebahagiaan kita di dalam maya sebab mungkin ada orang yang tak senang dengan diri kita ni.

Mungkin ia boleh memberikan kesan buruk dan membuatkan rumah tangga jadi porak peranda. Rasa gerun juga bila melihat gambar yang dikongsikan di media sosial ini.

 

Foto sihir pemisah?

Difahamkan foto itu merupakan gambar sepasang suami isteri yang dah terkena sihir pemisah dan gambar itu diambil melalui Facebook.

Kalau dulu boleh lah cam orang terdekat yang ada gambar kita, sekarang ni dengan mudah je orang nak buat. Siapa-siapa pun boleh ambil.

Bukan nak memandai, tapi kita sering dengar cara orang nak kenakan diri kita hanya menggunakan gambar yang jelas dan kita dapat lihat sekarang ia sangat mudah nak dapatkan.

Difahamkan gambar itu ditemui apabila si pelaku dah berjaya santau mereka.

Sumber : Instagram

 

Itu sebab lah kita dinasihati jangan sewenang-wenangnya kongsi gambar dekat public – Netizen

Sumber : Twitter
Sumber : Twitter

Bagaimanapun, hak kita nak kongsi gambar atau tidak dan perkongsiannya bukanlah nak melarang cuma kalau boleh ambil langkah berjaga-jaga.

 

Baca : Ini Cara Upload Gambar Di Media Sosial Untuk Elak Disihir Atau Kena Santau!

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?