in

JANGAN SEKALI-KALI Ziarah Kenalan Yang Baru Sembuh Dari Covid-19 Pada Hari Raya! Ini Sebabnya…

Jangan Ziarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat dinasihatkan agar tidak menziarahi kenalan yang baru sembuh daripada Covid-19 pada Hari Raya nanti, lapor Bernama. Bukan itu saja, keluarga bekas pesakit juga disarankan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah agar tidak menerima pelawat di rumah buat sementara waktu.


Ini kerana, bekas pesakit perlu menjalani kuarantin selama 14 hari selepas discaj dari hospital bagi menjamin keselamatan bersama terutamanya ketika perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Ziarah

Menurut beliau, setakat ini jumlah kes positif keseluruhan di Malaysia adalah 6,941 dan sebanyak 5,615 daripada jumlah itu adalah kes telah sembuh dan discaj dari wad.

Ini juga adalah untuk mengekalkan trend catatan kes harian di mana sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan pada 4 Mei lalu kes positif Covid-19 mencatatkan pada paras 2 angka.

Masyarakat juga disarankan agar menyambut Hari Raya pada tahun ini secara luar dari kezaliman termasuklah tidak menziarahi kubur dan tidak mengadakan rumah terbuka kerana Covid-19 masih ‘berlegar’ dalam komuniti.

Baca: [TERKINI] Ziarah Hari Raya Hanya Boleh Dilakukan Pada RAYA PERTAMA Sahaja & Terhad Kepada Ahli Keluarga – Ismail Sabri

Feattttt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.