in

“Siap sedia” – 2 Juta Kenderaan Bakal Masuk Kelantan & 1 Juta Masuk Negeri Sembilan Raya Ni

collage 1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari raya dah semakin hampir, walaupun sedih untuk meninggalkan bulan Ramadan mesti ramai juga yang tak sabar untuk cuti raya dan pulang ke kampung halaman selepas dua tahun tak dapat beraya kerana pandemik.

Macam yang korang tahu, bila hari raya mesti jalan pun memang akan dijangka sesak di mana-mana. Korang yang nak balik kampung tu better rancang perjalanan korang betul-betul.


Bukannya apa, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Shafiei Muhammad menjangkakan sebanyak satu juta kenderaan akan memasuki Negeri Sembilan bagi menyambut hari raya di kampung.

Dua tahun tak dapat balik beraya, kali ini macam kejutan, semestinya akan berlaku kesesakan luar biasa dan saya jangka 29 April ini kenderaan sudah mula meningkat.”

Manakala bagi negeri Kelantan pula, pihak polis menjangkakan lebih dua juta kenderaan akan memasuki Kelantan pada sambutan Aidilfitri nanti.

Ketua Polis Negeri Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, secara purata kenderaan yang keluar masuk di sana adalah sebanyak 300,000 ke 350,000 sehari.

Mereka keluar masuk dan kumpulan awal ini nak sambut puasa di kampung. Selepas itu, kumpulan kedua yang nak beraya di kampung akan ada keluar masuk kenderaan luar hinggalah Hari Raya nanti.”

Selain itu, kedua-dua negeri ini juga dijangka akan menggunakan perkhidmatan anggota polis mereka bagi memantau keselamatan di jalan raya serta turut membuat beberapa sekatan jalan raya untuk mengelakkan aktiviti jenayah seperti penyeludupan, tangkapan mercun dan jenayah lain.

Apa-apa pun, make sure korang semua memandu dengan selamat okay? Lagi-lagi kalau drive masa puasa, kadang tu ngantuk tak boleh bawak bincang.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian

 

Baca: Apabila Oyen Si Kucing Bandar Balik Kampung, Gelabah Sampai Yang Lain Terkesima

collage 1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.