in

“Jangan salah faham” – Netizen Dakwa IG Story Nak Sindir ‘Seseorang’, Neelofa Beri Penjelasan

Lofa Tak Sindir Isu Content Travel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebut sahaja tentang Neelofa, pasti ada kisah mengenai selebriti ini yang menjadi perbualan hangat netizen dan seringkali menjadi perdebatan walaupun ianya sekadar isu remeh temeh.


Baru-baru ini, pengacara yang juga isteri kepada Haris Ismail ini telah memuat naik satu posting di IG Story yang menimbulkan perbincangan ramai.

Menerusi posting berkenaan, Neelofa dilihat seakan-akan menegur individu yang bercuti ke luar negara dan memuat naik video serta gambar dengan tujuan untuk ‘content’ di media sosial.

Fldrnfcaeaisa8N

Jadi anda bercuti untuk melihat dunia atau untuk DUNIA melihat anda? Nikmatilah perkara-perkara kecil di sekeliling anda.

“Bukan semua perkara boleh dijadikan ‘content’ di media sosial. Jangan terpedaya dengan jumlah likes dan views kerana ia hanya kepuasan sementara dan membuatkan anda nak lebih dan lebih lagi. 

“Beringatlah dengan perkara yang buat anda rasa puas. Percayalah, pengalaman lampau mengajar saya perkara yang sama,” tulis Neelofa.

“Tiap kali dia ni update something, aku cuba bersangka baik tapi…” 

Pun begitu, kenyataan di IG Story berkenaan telah mengundang komen hangat dari netizen yang cuba mengaitkan isu yang dikatakan Neelofa dengan seorang lagi selebriti yang sedang bercuti bersama suami dan anak di luar negara.

Hubungan didakwa tegang antara kedua-dua selebriti itu sebelum ini juga membuatkan netizen berspekulasi kenyataan tersebut ada kaitan dengan content travel yang dimuat naik selebriti itu.

Komen Netizen Neelofa

“Tiada nak tuju kat siapa-siapa… demi Allah” 

Sedar dirinya sekali lagi diperkatakan netizen, Neelofa kemudian memuat naik video di TikTok membuat penjelasan mengenai hal tersebut.

Menurutnya, ramai di kalangan netizen dan media telah salah faham dengan apa yang ingin disampaikannya yang mana dia langsung tidak menujukan kata-kata tersebut sebagai sindiran kepada mana-mana pihak.

@neelofa

Maaf sebab ramai kurang faham apa yang nak disampaikan ❤️ love you guys

♬ original sound – neelofa – neelofa

Saya tak maksudkan jangan post gambar, jangan post video… bukan itu yang saya maksudkan.

“Yang saya maksudkan adalah sesetengah orang yang pergi (bercuti) tujuan memang betul-betul untuk content. Yang memang prep daripada sini lagi macam untuk buat social media content, yang macam stage some scenes of content.

“Padahal, pada ketika itu dia diberi peluang untuk enjoy, untuk be present, experience dan bukan banyak dengan phone, faham tak?” katanya.

Tambahnya lagi, ini adalah pendapatnya mengenai hal tersebut dan dia juga berharap pihak media tidak memutar belitkan apa yang jelaskannya kerana perkara ini akan menimbulkan lebih banyak fitnah dan salah sangka.

Kepada yang mengapi-apikan, tolong stop benda tu. Tak ada sikit pun niat saya nak tujukan kepada siapa-siapa,” katanya lagi.

Apa-apapun harapnya netizen kat luar sana janganlah kaitkan lagi isu ini dengan mana-mana individu. Lofa pun cakap dia tak ada nak tuju dekat sesiapa. 

Baca: “Jaga sikit perasaan orang” – Neelofa Sentap Orang Edit Gambar Anak

Lofa Anak Bilal

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.