in

“Jaga sikit perasaan orang” – Neelofa Sentap Orang Edit Gambar Anak

Ft Neelofa Bilal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan selebriti dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor, pasti tahu bahawa Neelofa tidak pernah mendedahkan wajah anaknya Muhammad Bilal di media sosial.

Namun baru-baru ini, tular satu video apabila ada netizen berjaya menangkap gambar Muhammad Bilal. Disebabkan tularnya foto tersebut, Harian Metro melaporkan bahawa Neelofa terkilan dengan tindakan warganet tersebut


Foto tular yang didakwa Muhammad Bilal

Fe1Fjhdakaa7Rkp

Katanya, dia tersinggung apabila tindakannya belum bersedia berkongsi wajah anaknya tetapi tidak dihormati segelintir pihak.

“Sebagai ibu, semestinya perkara itu menyinggung perasaan saya. Jika terserempak atau terjumpa Bilal di luar, takkan saya hendak menyorokkan mukanya pula.”

“Namun, apabila ada yang memuat naik dan kongsi di media sosial, ia seperti tidak menghormati kehendak saya pula. Ibarat tindakan itu sudah melangkaui tindakan saya pula.”

Rentetan dengan penularan tersebut, ada pihak yang cuba ambil kesempatan dengan menyunting gambar Muhammad Bilal kepada muka orang lain.

Foto yang disunting itu tular sehingga mendapat perhatian Neelofa sendiri dan ia membuatkan Neelofa sekali lagi terpanggil untuk tampil memberikan respon berkenaan dengan isu ini.

Katanya, sebegai seorang ibu, dia rasa terkilan dan tersinggung dengan suntingan tersebut menerusi ig story miliknya.

Img 6077

Lofa menyatakan bahawa tindakan itu telah menimbulkan fitnah dan kata-kata yang tidak baik. Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah Haris Ismail juga menasihati orang ramai agar jaga perasaan orang lain.

Img 6078

Untuk rekod, Neelofa dan Haris Ismail telah bernikah pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal bin Muhammad Haris.

Baca : “Karma?” Ada Netizen Dakwa Neelofa Pernah Guna Gambar Adiknya Tanpa Kebenaran?

Neelofa Waqaf Quraan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.