in

“Jangan riak walaupun bergelar ustaz!” – PU Abu Titip Pesan Buat 2 Anak Tapi Netizen Sempat Bagi Sindiran Pedas

Pu Abu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, PU Abu muat naik sekeping gambar kedua-dua puteranya di Instagram berserta kata-kata yang dititipkan buat mereka. Katanya, sebagai seorang bapa dia akan cuba menjadi yang terbaik dalam mendidik serta ilmu yang ada juga akan disampaikan sebaiknya.

“My heroes. Aku akan cuba sedaya upaya untuk didik anak-anak aku jadi lebih baik dari diri aku. Aku tak punya harta yang banyak untuk ditaburkan, yang aku ada sedikit ilmu yang aku akan titipkan pada anak-anak aku.” 


“Pesan abi buat anak-anak abi, “dunia hanya tempat persinggahan kita, jangan terlalu kejar dunia sebab matlamat kita adalah akhirat. Abi pernah rasa dipuji dan abi juga pernah rasa dihina. Jangan fikir apa manusia kata tapi fikir apa Allah kata. Ingat,Allah adalah sebaik-baik tempat untuk minta dan mengadu.”

Kejarlah akhirat nescaya dunia akan kejar anak-anak abi, jagalah Allah nescaya dunia akan jaga anak-anak abi. Abi doakan agar anak-anak abi jadi anak-anak yang soleh.”

https://www.instagram.com/p/B8fN4qmJJhP/

Terpalit dengan kontroversi kisah rumah tangganya pada tahun lepas, gambar itu tidak terlepas daripada menerima komen dengan kata-kata berbaur perli dan sindiran daripada netizen.

Tidak dinafikan ramai yang memuji kecomelan anak-anaknya namun Abu juga turut menerima komen-komen kurang enak dari netizen yang mengaitkan tentang kontroversi poligami itu.

https://www.instagram.com/p/B8iYQnIJCCe/

Melalui ruangan komen netizen memerli Abu semula serta mempersoalkan kata-kata untuk anaknya itu tidak mencerminkan akhlaknya dulu sewaktu memperlakukan isteri pertamanya, Ain Afini ketika mengandungkan anak mereka.

Komen1

Komen3
sumber: instagram

Ada juga yang mempersoalkan status perkahwinannnya dengan Hana Azraa kerana isterinya itu telah membuat kenyataan mengatakan mereka sudah membawa haluan masing-masing. Namun, Abu sendiri tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang menyokong atau menafikan kenyataan Hana.

Abu3
sumber: mstar

Hasi perkahwinan dengan Ain Afini, mereka dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Adam Aysar berusia 8 bulan. Abu dan Hana yang berkahwin pada Mei 2019 juga dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari lalu.

Baca: “Aku rasa dia tak minat orang pregnant” – Dakwaan Hana Azraa Mengatakan PU Abu Curang Buat Netizen Meluat

Collage 57

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.