in

“Jangan mudah tertipu” – Timbalan Menteri Nafi Youtuber Veveonah Terpaksa Panjat Pokok Untuk Jawab Exam, Rupanya…

Veveonah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdahulu, nama Youtuber Veveonah Mosibin menjadi sebutan ramai setelah viral videonya terpaksa memanjat pokok di kampungnya dekat Pitas, Sabah semata-mata untuk mendapatkan capaian internet bagi menduduki peperiksaan secara dalam talian.


Namun hari ini, menurut Sinar Plus, dakwaan Youtuber tersebut dinafikan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang mendapati hasil siasatan menunjukkan Youtuber tersebut tidak menduduki sebarang peperiksaan semasa video dirakam. Laa ye ke?

Md Tree2 2606

61597204450 Zahidizainulabidin
Datuk zahidi zainul abidin

“Veveonah merupakan seorang Youtuber dan tidak ada peperiksaan. Kita dah semak dah. Dia hanya Youtuber untuk ambil nama, dia terkenal sekejap dan dia buat hanya untuk hiburan.

“Ini perbuatan yang kadang-kadang kita tertipu dan kadang-kadang kita jangan mudah tertipu dengan Youtuber untuk membuat isu.

“Jadi, kita minta pihak berwajib yang tidak ada line atau blind spot (titik buta), maklumkan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kita akan segera atasi masalah tersebut terutamanya dari segi pendidikan,” katanya.

 

Perkara ini disebut timbalan menteri itu ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Donald Peter Mojuntin yang membangkitkan isu video Veveonah bagi bertanyakan tentang tindakan kerajaan bagi memastikan keseimbangan capaian internet di antara bandar dan luar bandar khususnya di Sabah pada sesi soal jawab sidang Dewan Negara hari ini.

Unnamed

Terdahulu, selepas viral video tersebut, Veveonah yang juga penuntut UMS dilaporkan menerima sumbangan Yayasan Nur Jauhar di Kota Kinabalu, Sabah.

Buat masa ini, Veveonah masih belum memberi sebarang kenyataan berkaitan isu tersebut. Sama-sama kita nantikan. 

Baca: Veveonah ‘Gadis Pokok’ Viral Dari Sabah Dedah Berjaya Dapat Keputusan ‘Exam’ CGPA 3.5!

Vevo

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Youtuber

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.