“Jangan mendada, nanti lelaki terangsang!”

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kesian jadi perempuan ni. Semua benda serba serbi tak boleh buat dan salah. Macam dalam kes ni. Cuba baca dan bagi pendapat korang.

Baru-baru ni, ramai yang terperanjat bila ada segelintir lelaki Malaysia ni yang mempunyai fetish dekat perempuan mengandung. Dalam isu tu, terdapat banyak pendapat termasuklah yang menyalahkan pemakaian wanita.

Yang peliknya tak kisah walau macam mana pemakaian wanita dari seksi ke tutup, ada je yang tak kena. Lagi sedih, kenapa cara pemakaian perempuan selalu disalahkan tapi lelaki takde pula kena keji sebab tak boleh kawal nafsu?

Pengguna Twitter share satu topik yang berkaitan dengan hal ni. Katanya,

Sumber: Twitter

Basically, apa yang dikatakannya ialah masa dekat sekolah dulu senior bagi ‘nasihat’ suruh jangan mendada dan perlu bongkokkan badan dengan alasan supaya lelaki tak terangsang. Wert?!

Disebabkan ‘nasihat’ tu, pengguna Twitter tersebut terpaksa menderita sakit belakang sebab sentiasa membongkokkan badan masa sekolah.

Katanya lagi, rakannya yang mempunyai dada yang besar tak ikut pun nasihat tu sebab tak kisah pemakaian macam mana pun, ianya memang tak dapat dielakkan daripada nampak. Rupanya bukan individu tu seorang je yang jadi mangsa macam ni masa dekat sekolah dulu. Ada jugak perempuan lain yang turut jadi mangsa. Sampai kena penyakit scoliosis tau!

Sumber: Twitter

Namun begitu, ada jugak hamba Allah yang tampil menerangkan tak mendada tu dilakukan bukanlah untuk puaskan hati sesiapa tapi untuk penuhi tuntutan agama.

Sumber: Twitter

Harap mentaliti macam ni akan stop supaya takde lagi perempuan yang jadi mangsa dan akhirnya kena tanggung kesannya.

Ada tak antara korang yang kena macam ni? 

Baca: “Perempuan tak boleh bersuara guna mic” – Wanita Tiba-tiba Dilarang Jadi Emcee di Kota Bharu

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.