in

“Perempuan tak boleh bersuara guna mic” – Wanita Tiba-tiba Dilarang Jadi Emcee di Kota Bharu

Jdlkdkdmc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Fuh! Kalau korang baca tweets dia korang pun rasa nak marah jugak!


Menurut perkongsian di Twitter, ada seorang wanita bernama Ameera Aida cerita pengalaman dia jadi emcee kat Kota Bharu. Job emcee dia sebenarnya lima hari tapi tiba-tiba kena cut short jadi dua hari je. Eh kenapa pulak?

1 1
sumber: twitter

Ameera cakap Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) larang wanita melayu daripada jadi emcee. Padahal dia dah pakai baju longgar and pakai tudung, dan majlis tu pulak event kanak-kanak yang siap buat indoor lagi.

Tiket flight dan tiket hotel semuanya dah booked and dah bayar. Ameera pulak dah habiskan banyak masa dan tenaga nak pastikan majlis tu berjalan lancar. Dia tak sangka langsung akan jadi macam ni.

2 2
sumber: twitter

Selama enam tahun keliling Malaysia jadi freelance emcee, Ameera bagitahu yang dia tak pernah kena macam ni. Tiba-tiba je job dia kena cut atas sebab kerana perempuan tak boleh bersuara guna mikrofon. Hmmm… 

Capture 1
sumber: twitter

Memang geram la Ameera waktu tu sebab benda macam ni menjejaskan periuk nasi dan sumber rezeki dia. Bila dia ceritakan kisah yang menimpa dekat makcik-makcik dan pakcik-pakcik kat situ, dorang setuju yang memang tak patut Ameera diperlakukan macam tu.

“Tak patut dia buat macam tu, dik,” kata makcik dan pakcik tu.

Bila baca tweet Ameera, ramai yang setuju benda ni memang tak sepatutnya berlaku sebab dia bukannya duk menyanyi lontarkan suara merdu atau menari lenggok-lenggok ke apa atas stage tu. Dia cuma jadi emcee untuk melancarkan majlis je.

5 1
sumber: twitter
6 1
sumber: twitter

Ada juga yang suggest supaya Ameera laporkan benda ni kat SUHAKAM sebab perkara serius macam ni berkait dengan hak-hak individu pekerja.

Ee 1
sumber: twitter

Mana boleh tiba-tiba main cut macam tu je kan? Kalau tak nak emcee perempuan maybe boleh cakap awal-awal. Apa pendapat korang?

NOTA: Gambar atas kanan adalah sekadar hiasan.

Baca: “Saya cuma pergi sembahyang” – Wanita Kecewa Tak Dibenarkan Naik Pesawat Kerana Solat Subuh

Oren

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.