in

“Jangan melawak pasal rakyat dah pergi” – Altimet Bagi Ayat ‘Padu’, Isu Dr Rafidah Tak Sensitif Kematian Covid 19?

Fi Altimet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, kecoh di laman Twitter apabila komen Dr Rafidah Abdullah, yang dikatakan seakan tidak sensitif berkaitan isu kematian Covid 19 ini.


Perkara ini terjadi apabila ada seorang pengguna Twitter meluahkan kerisauannya terhadap situasi sekarang, apabila hampir 100 peratus katil bagi menempatkan pesakit Covid 19 di ICU kini sudah penuh. Di samping dia menyatakan dengan pertambahan angka kematian ketika ini, betul-betul meletakkan situasi kita di tahap yang kritikal.

Namun reaksi yang diberikan Dr Rafidah menimbulkan rasa kurang senang netizen kerana seakan tidak sensitif berkenaan isu tersebut.

Altimet 1

 

Ternyata perkara ini mengundang ketidak puasan hati penyanyi dan komposer terkenal Altimet, apabila dia mengingatkan jangan pernah ‘bergurau’ tentang perkara sebegini. Dia menambah dengan berkata perkara ni tak elok untuk dilihat, selain menyifatkan Dr Rafidah tak sensitif berkenaan isu ini.

“Jangan melawak pasal rakyat yg dah pergi akibat gejala ni pls.”

Mungkin Dr Rafidah ada maksud lain untuk disampaikan tentang isu ini, tenang okay semua. Apa-apa pun korang semua jaga diri sepanjang tempoh lockdown ni, stay safe!

 

 

Sumber : Twitter

 

Baca : Percaya Ramai Rakyat Masih Keliru, Dr Rafidah Beri Penjelasan Maksud Sebenar Jaga SOP

Foot Altimet

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.