in

“Jangan lupa bagi 1 star sebelum buang” – Netizen Lancar Kempen #UninstallFoodpanda & Trending Di Twitter

My Post 2019 10 08T155334.618

Hari ini netizen telah menjalankan satu kempen #Unistallfoodpanda sebagai tanda boikot kepada aplikasi penghantaran makanan Foodpanda berikutan dengan skim pembayaran baharu mereka yang dikuatkuasakan.

Disebabkan itu penghantar makan (rider) ada buat mogok kerana rasa tak puas hati dengan kaedah terbaru tu. Bagaimanapun, pengarah urusan syarikat itu Sayantan Das tampil memberikan respon dan ternyata ia mendatangkan lagi kemarahan netizen.

 

Skim pembayaran baru

Sayantan Das menjelaskan dalam skim pembayaran terbaru  ini rider boleh meraih lebih daripada 50% kerana ia dibina pada model berasaskan kecekapan baru yang memberikan lebih banyak penghantaran setiap jam.

Bagi mereka skim tersebut akan membuatkan pendapatan mereka makin berkurangan kerana bayaran akan diberikan mengikut jumlah tempahan pelanggan, bukan pada jumlah masa mereka bertugas.

Walau bagaimanapun, pembayaran setiap pesanan berbeza mengikut tahap prestasi. Bayaran Dari RM4.50 hingga RM7, berdasarkan kumpulan prestasi yang diterima.

Malah ada tambahan insentif RM150 kalau kerja 60 jam seminggu dan tambahan RM1 bonus bagi setiap tempahan dari pukul 11 malam hingga 9 pagi.

Kalau nak dibandingkan dengan skim lama, bayaran agak rendah kerana ia bergantung berapa jam rider bekerja dalam masa sehari, mereka raih RM 4 sejam. Bayan diberikan pula dari RM3 hingga RM 5 berdasarkan prestasi.

 

Jika awak tidak mahu kerja, kami OK”  – Sayantan Das

Ea2598C93E987F788525D186F0632312
Sumber : malaysiakini

Menerusi Malaysiakini, Sayantan berkata penghantar yang tidak mahu bekerja perlu memberikan atau menukarkan syif mereka kepada penghantar lain agar tidak menjejaskan pendapatan mereka.

Katanya lagi, mogok yang dijalankan oleh penghantar makanan itu hanya segelintir sahaja.

“Mogok itu dijalankan oleh kumpulan yang sangat kecil oleh penghantar kami. Kami telah mengkaji dan memahami segmen penghantar, kurang dari satu peratus yang memulakan mogok.”

Bahkan pihak mereka tidak membatalkan ID mahupun mengancam seperti mana yang didakwa.

“Semasa mogok, kami tidak membatalkan sebarang ID mahupun mengancam penghantar. Mesej yang kami berikan adalah, jika awak tidak mahu kerja, kami OK sebab mogok tidak melanggar undang-undang.”

Disebabkan kenyataannya begitu, ia telah mengundang kemarahan netizen, ramai netizen yang memboikot aplikasi tersebut dengan cara menyahpasangkan aplikasi tersebut di Twitter.

 

#UninstallFoodpanda

Egvgqjouuaa2Bfz
Sumber : twitter

Ada antara mereka yang menunjukkan paparan screen recording mereka uninstall aplikasi tersebut. Malah ada juga yang berikan review teruk dalam aplikasi tersebut, laungan #UninstallFoodpanda kini tengah trending di Twitter.

Foodpanda4 Foodpanda5 Foodpanda6 Foodpanda7

https://twitter.com/qiyahaee/status/1181432121052848128?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1181432121052848128&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.worldofbuzz.com%2Funinstallfoodpanda-is-trending-on-msian-twitter-heres-what-you-need-to-know%2F

Bagaimanapun, ada juga yang back up kerana ini pengalaman pertama dan mereka hanya gunakan sebagai pelanggan. Malah ada juga yang menegur bahawa cara begini lebih membataskan para rider untuk cari sumber pendapatan.

 

Tak rasa ke kalau kita Uninstall rider lagi susah nak cari duit? – Netizen

Foodpanda Foodpanda2 Foodpanda3

Jadi, apa pendapat anda? Adakah Foodpanda layak mendapat kebencian yang mereka dapatkan? Atau adakah mereka berhak menjauhkan para penunggang mogok dan teruskan dengan skim pembayaran baru mereka?

Hmm, apa pendapat korang? Patut ke boikot dijalankan atau cara pembayaran skim baru tu sebenarnya lagi bagus?

Baca : Makan Tak Ingat Dunia Lepas Dipaksa, Kesian Tengok Adik FoodPanda Ini Kerja Teruk

Adikfoodpanda