“I still have faith in kids these days” – Wanita Ini Kongsi Kisah Budak Lelaki Nak Sedekahkan 20 Sen, Tapi…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kita mesti dah biasa dengar, anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan mereka.

Kalau baik didikan orang tuanya, maka baik jugalah generasi penerusnya.

Tapi sekarang, kita seringkali dihidangkan dengan berita-berita kurang enak mengenai kurangnya akhlak dan budi bahasa ‘kids jaman now’.

Buli orang tua, biadap dengan cikgu sekolah dan pelbagai lagilah — sampai kita terfikir, di mana silapnya dalam asuhan kita semua sehingga mereka bersikap sebegitu rupa.

Tapi, tak semua begitu sebenarnya.

Seorang pengguna Twitter @mediha_m berkongsi kisah mengharukan yang baru saja disaksikan depan matanya — sehingga membuatkan beliau berkata, “I still have faith in kids these days.”

Ceritanya, sewaktu sedang beratur untuk membayar di kaunter sebuah kedai — beliau melihat tiga kanak-kanak lelaki yang mungkin berusia sekitar 8 tahun sedang memilih bola untuk dibeli.

Lepas dah discuss harga dan size bola, mereka kemudiannya ke kaunter untuk membayar bola yang berharga RM9.80 itu.

Duit RM10 pun dihulur kepada cashier, dan mereka seraya berkata “baki 20 sen tu kami sedekah.”

Tapi reaksi daripada cashier tersebut agak mengejutkan.

Dan siapa sangka, daripada berniat nak sedekahkan walau cuma 20 sen — tiga sekawan tersebut ‘dihadiahkan’ pula dengan ganjaran RM20!

Betul juga, apa salahnya murnikan niat budak-budak tu nak bersedekah. 20 sen je pun, boleh je masukkan kat tabung derma kat kaunter tu (kalau ada la).

Mungkin kelihatan biasa je bagi kita, tapi bagi kanak-kanak seusia itu — bersedekah adalah satu tingkah laku yang boleh dibanggakan oleh kedua-dua ibu bapanya.

Rata-rata yang terkesan dengan kisah dikongsi wanita ini, turut memberikan reaksi mereka.

Kita yang dah besar panjang ni pun ralat je nak bersedekah, tapi mereka? Dari kecil dah dididik begitu, so why not kita sebagai orang yang lebih tua sentiasa encourage mereka untuk buat kebaikan, kan?

 

Baca: “Nak beli powerbank tapi belum gaji” – Lelaki Terharu Adik Genius Sanggup Reka Powerbank Handmade Untuk Abang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.