in

“Jangan jadikan masjid simbolik kebenaran Islam” – Lelaki Ini Jelaskan Kenapa Ada Yang Tak Roboh Bila Tsunami

Masjiddd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya kalau berlaku Tsunami, salah satu bangunan yang tidak runtuh adalah masjid. Namun begitu, tak semuanya elamat ada sahaja yang roboh akibat ‘hentakan kuat’ bencama alam tersebut.

Perkongsian ini bukanlah berniat nak menidakkan kuasa tuhan, tetapi apa yang diterangkan oleh Zamir Mohyedin ini memang masuk akal.


 

Masjid ada banyak ‘lompong’ & pintu masuk

Masjidtsunami
Sumber : twitter

“Tahu tak anda kenapa sesetengah masjid tak roboh ketika berlakunya tsunami? Antara sebab utama sesetengah masjid masih berdiri ketika banjir adalah kerana masjid banyak ‘lompong’ dan pintu masuk.

Masjid kebanyakannya berdiri dengan tiang yang banyak. Banyak pula lubang di sana sini di dinding-dinding masjid.

Apabila berlakunya langgaran banjir atau tsunami, hentaman yang masjid terima tak begitu kuat kerana masjid bagi air lalu (flow) melalui ‘lompong-lompong’ yang luas itu. Bila banyak ruang yang luas terbuka ini, hentaman rendah, tekanan pun rendah.”

Kalau kita perhatikan, kebanyakan masjid akan ada banyak ruang terdedah, dari pintu masuk, sampailah ke bahagian dinding, pasti akan ada berlubang-lubang. Jadi, air akan melalui ruangan tersebut mengurangkan hentaman dan tekanan.

 

Masjid juga dibina dengan bahan yang kuat berbanding rumah

Masjid Pasca Tsunami Aceh 20041
Sumber : blog

“Banyak bangunan seperti rumah-rumah di sekeliling masjid mudah runtuh sebab rumah ini dibina dengan cara ‘tertutup’. Yang terbuka cuma pintu kecil keluar masuk dan tingkap yang kecil.

Selain itu, masjid juga dibina daripada bahan yang lebih kuat berbanding rumah-rumah di sekeliling. Masjid banyak duit, nak cari bahan yang kuat bukan benda susah. Saban tahun ‘renovate’.Rakyat biasa mana mampu nak ‘renovate’ setiap tahun.”

Itu sebablah rumah-rumah disekeliling masjid tersebut mudah runtuh, kerana kekurangan ruang terbuka. Biasanya rumah akan dibina dengan cara tertutup. Bahkan masjid dibina daripada bahan-bahan yang lebih kuar berbanding rumah dan kerap ‘renovate’ setiap tahun.

Ada sahaja bagunan agam lain yang kukuh berdiri, bahkan ada sahaja masjid yang runtuh dalam kejadian Tsunami.

 

Ini antara masjid-masjid yang pernah runtuh apabila berlakunya bencana. Bukannya tak ada masjid yang runtuh.

Masjidruntuhtsunami3

Ini pula gambar-gambar gereja, dan monumen agama lain yang tidak runtuh ketika berlakunya bencana.

Akui kuasa Tuhan. Tetapi jangan jadikan masjid berdiri sebagai simbolik kebenaran Islam.

Masjidruntuhtsunami2

“Kesimpulannya, kita akui kuasa Tuhan. Tetapi jangan jadikan masjid berdiri sebagai simbolik kebenaran Islam. Sama juga hal-hal lain. Terbentuknya nama Allah pada awan, buahan, haiwan, bukan membuktikan kebenaran. Kebenaran adalah pada wahyu.”

 

Baca : Saksi Kongsi Keajaiban Bagaimana Tsunami ‘Elak’ Timpa Masjid

Elaktimpamasjid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.