in

“Jangan ikut orang” – Netizen Contohi Pasangan Ini, Setuju Kahwin Tak Perlu ‘Complicated’

Nikah 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masalah yang selalu dilalui oleh segelintir pasangan yang mahu berkahwin adalah tentang wang ringgit. Sampaikan ada yang sanggup berhutang puluhan ribu demi melangsungkan majlis perkahwinan yang diidamkan.

Pun begitu, satu cara terbaik dan bersederhana dilakukan oleh satu pasangan ini yang mana mereka tidak menggunakan wang yang banyak untuk menghalalkan hubungan.


Merisik pun tak ada pelamin!

Melalui hantaran video oleh @nadiamdyusof di TikTok, pasangan tersebut masih mengikut adat merisik seperti yang dilakukan oleh orang lain namun mereka tidak membuat pelamin malah cincin sebagai tanda turut dipinjam daripada ibu pasangan lelaki.

Artikel berkaitan: “Nampak happy dia” – Terlibat Kemalangan, Pengantin Wanita Guna Troli Untuk Berjalan Pada Majlis Perkahwinan

Artikel berkaitan: “Selamat pengantin baru!” – Bro ‘Muka Gangster’ Sah Bergelar Suami, Beri Mas Kahwin RM5,000

Mereka juga memilih untuk melangsungkan pernikahan di pejabat agama turut ditemani keluarga masing-masing dan orang terdekat.

Nikah pejabat agama. Sebab senang tak payah apply banyak tempat kalau nak nikah masjid. Mas kahwin RM22.50, hantaran RM7,000 with degree. Jangan ikutkan cakap orang. Tak semestinya kalau ada degree hantaran at least RM10K.

Walaupun ringkas, pasangan itu kelihatan gembira dan mahu fokus untuk kehidupan selepas kahwin.

Ikut kemampuan kita. Sebab yang penting kehidupan selepas nikah. Kalau awal awal dah berhutang sebab nak ikutkan grand sama macam majlis orang lain, risau lepas kahwin jadi sebab gaduh. Sebab stress hutang menggunung.

Jangan normalisasikan wedding luar kemampuan. Tak berbaloi sehari habis belasan/pulihan ribu untuk nampak gah dekat mata orang. Sedangkan majlis kita lepas sejam dua, orang lupa dah.

@nadiamdyusof

#fyp #hantaran

♬ Sampai Aku Menua – Nursilian

Tak perlu complicated

Netizen di X turut bersetuju supaya perkahwinan zaman sekarang ini tidak membebankan mana-mana pihak dan mengikut kemampuan masing-masing.

Nikah 1

Wah min suka cara macam ni.. fikir kehidupan lepas kahwin!

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.