in

“Nampak happy dia” – Terlibat Kemalangan, Pengantin Wanita Guna Troli Untuk Berjalan Pada Majlis Perkahwinan

Henna 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah semestinya bakal pengantin akan membuat persiapan rapi sebelum tiba hari majlis. Pun begitu, siapa kita untuk melawan takdir jika ada sesuatu perkara yang tidak diingini menimpa diri kita.

Satu hantaran video oleh @mekzahenna memaparkan seoran pengantin wanita yang terpaksa ‘berjalan’ menggunakan troli pada hari majlis perkahwinannya. Difahamkan, wanita berkenaan telah terlibat kemalangan jalan raya yang menyebabkan dirinya tidak dapat berjalan seperti biasa.


Pengantin pakai gaun, nampak macam tengah berjalan

Dalam video itu, pasangan pengantin itu masuk ke dalam dewan resepsi bersama pengapit termasuklah seorang pengiring yang menolak troli barang tersebut daripada belakang.

Artikel berkaitan: “Selamat pengantin baru!” – Bro ‘Muka Gangster’ Sah Bergelar Suami, Beri Mas Kahwin RM5,000

Artikel berkaitan: Pengantin Perempuan Terlelap Ketika Majlis, Cara Pengantin Lelaki Kejutkan Isteri Jadi Perhatian

Walaupun bukan rezeki pengantin wanita itu berjalan normal pada hari istimewa, nampak wajahnya gembira di samping suami tersayang.

Moga Anis kuat yang pengantin Mekza yang kuat semangat. 

Bagaimanapun, ramai netizen di ruangan komen memuji kelancaran majlis itu dan menggunakan inisiatif troli barang untuk membawa pengantin wanita tersebut.

Henna 1 Henna 2

@mekzahenna

alhamdulillah #hennabymekza

♬ Jangan Menyerah – Dandy Hendstyo

Kemalangan di Jambatan Pulau Pinang

Dalam video lain yang dimuat naik, Mekza yang membuat perkhidmatan inai menceritakan kisah yang terjadi.

Anis dah nikah, Mekza dah pernah inaikan dia di rumah ni. Ikutkan Anis nak walk in datang lukis di rumah Mekza untuk hari sanding kali ni. Tapi Anis tak boleh datang sebab keadaan dia tak boleh jalan dan juga baru keluar dari hospital.

Lepas tu tukar plan, mekza datang buat di rumah dia sekali. Bila tengok Anis seorang yang kuat dan ceria, tak nampak pun dia sakit, sedih.

Mekza berkata, pengantin perempuan itu terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang dan keadaan keretanya yang rosak teruk.

Moga Anis dan baby sihat. Anis kemalangan kereta di jambatan Pulau Pinang. Mekza tengok keadaan kereta dia memang teruk, kalau dilihat macam 50-50 kereta total lost.

@mekzahenna

pengantin mekza teruskan juga hari bahagia ia walaupun keadaan ia tak mengizinkan..sb semua dah dijemput dan dah panggil barang2 dah sedia.. pengantin terlibat dengan kemalangan kereta dan bila mekza tengok kereta anis ya allah seperti tiada harapan dah..kereta anis total lost masa datang dia sambut dengan senyuman dan tak nampak pun dia sakit dan tak boleh berjalan..anis dah nikah mekza dah pernah inaikan ia di rumah ni..ikutkan anis nak walk in datang lukis di rumah mekza untuk hari sanding ia kali ni..tapi anis tak bole datang sebab keadaan ia tak boleh jalan dan juga baru keluar dari hospital selepas tu anis tukar plan mekza kena datang buat dirumah ia sekali lagi.semua berjalan dengan lancar.. #syurkuralhamdulillah semua baik2 ja #hennabymekza #mekza #hennakulimkedah #kulimkedah #kedah #hennakedah #hennasgpetani

♬ Nikmati Perjalanannya – Chintya Gabriella

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kesihatan pengantin wanita itu.

Henna 3

Nampak Anis kuat hadap ujian ni.. moga cepat sembuh!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.