in

Jangan Guna Spray Gun Berlebihan, Boleh Beri Kesan Iritasi Pada Kulit & Mata – Dr Izzar

Risiko Penggunaan Spray Gun Kesan Iritasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ia sudah menjadi satu kemestian pada setiap rumah untuk memiliki barang seperti hand sanitizer, pelitup muka, face shield, sarung tangan dan cecair pembasmi kuman sebagai persediaan untuk memerangi wabak COVID 19.


Pun begitu, viral baru-baru ini di media sosial berkenaan penggunaan spray gun atau Nano Mist Spray yang telah mendapat penjelasan daripada forum kesihatan Malaysia, Doctor On Call sebagai tidak berkesan dalam mengurangkan risiko jangkitan wabak tersebut.

Spray Gun

 

Ada risiko lain jika salah guna spray gun? 

Pun begitu, suami kepada Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari menerusi Instagram ada menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati ketika menggunakan spray gun kerana ia mempunyai risiko yang tak ramai ketahui.

Ummi Nazeera Dr Izzar

Menurutnya, alat seperti spray gun ini berfungsi menukar chemical disinfection kepada bentuk aerosol, yang mana ia akan berada lebih lama dalam ruang udara terutamanya jika kawasan tersebut tidak cukup ventilasi.

Bahan kimia di dalam aerosol itu juga boleh memudaratkan kulit, mata dan pernafasan pengguna.

CDC tak kata dia menggalakkan atau tidak menggalakkan penggunaan alat-alat ni untuk nyah-infeksi COVID 19 di ruang umum. Tapi, jika digunakan, ia harus digunakan dengan SANGAT BERHATI-HATI / EXTREME CAUTION,” katanya.

Antara langkah-langkah yang perlu diambil jika mengunakan Electrostatic Sprayer atau Fogger:

  1. Perlu digunakan oleh orang yang terlatih.
  2. Menggunakan chemical disinfection yang approved
  3. Mengikut arahan pengeluar (keselamatan, penggunaan, contact time)
  4. Memakai PPE yang cukup untuk melindungi keselamatan operator, orang sekeliling, dan pengguna bilik lepas itu.
  5. Guna dengan EXTREME CAUTION jika di kawasan penyediaan makanan atau tempat anak-anak main.

 

Antara risiko lain yang orang ramai perlu ketahui: 

  • Pendedahan kepada disinfectant chemical dalam bentuk aerosol boleh memudaratkan kulit, mata, dan pernafasan.
  • Risiko mudarat adalah lebih besar jika digunakan di kawasan penyediaan makanan, atau tempat anak-anak bermain.
  • Setiap alat berbeza mempunyai cara penggunaan dan risiko keselamatan berbeza. Biar orang terlatih yang buat.

Menurut Dr Izzar, dalam kebanyakan keadaan ia sudah cukup bagi kita untuk mencegah COVID 19 dengan mencuci permukaan dengan sabun atau detergent. Kalau nak ‘extra’, boleh disinfeksi dengan cecair, wipes atau disinfectant spray bottle.

So, bagi saya untuk PENGGUNAAN DI RUMAH, TAK PERLU SPRAY GUN. Kalau nak guna lecehlah bagi saya. Risiko pun tinggi kalau guna dengan cara salah,” jelasnya lagi.

Baca: Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan, KKM Tegaskan Tiada Keberkesanan Guna Nano Mist Spray

Gun Spray

Sumber: Blog
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.