in

“Jangan dok diam je” – Kes 5 Pelajar Rentung, Netizen Minta Keluarga Saman Pihak Yang Terlibat

Page Kereta 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam negara kita dikejutkan dengan berita kemalangan besar yang berlaku di Kilometer 246 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora melibatkan tiga buah kenderaan.


Kemalangan itu telah mengorbankan lima orang pelajar dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung di tempat kejadian selepas mayat mereka dikenalpasti oleh ahli keluarga di Hospital Kuala Kangsar.

“Keluarga mangsa patut saman diorang ni…”

Difahamkan kereta yang dinaiki mereka itu merupakan kereta jenis Honda City dan video dashcam bagaimana kejadian itu berlaku turut tular di media sosial selepas dikongsikan oleh netizen sehingga mendapat beratus ribu tontonan.

Dipercayai punca kemalangan itu berlaku kerana pemandu treler memandu dengan laju walaupun mendekati kawasan kerja membaikpulih lebuhraya yang sedang dijalankan ketika tu. Disebabkan itu, netizen meminta untuk keluarga mangsa menyaman:

  1. Syarikat treler (Untuk kesalahan had laju)
  2. PLUS (Untuk kerja membaikpulih jalan raya pada waktu malam tanpa sebarang lampu dan papan tanda yang sesuai)
  3. Kementerian Pengangkutan dan Kerja Raya (Untuk pengabaian pentadbiran dan operasi)

Rata-rata pengguna aplikasi Twitter turut menyarankan keluarga mangsa untuk segera bertindak dengan melakukan laporan dan saman secepat mungkin supaya tak terjadi kepada pemandu kereta yang lain.

Twt Full 2

Hal ini telah menyebabkan pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan pada malam 11 Mei itu telah direman oleh pihak polis untuk membantu siasatan lanjut dijalankan berikutan kejadian tersebut.

Min doakan keluarga mangsa semua dikuatkan semangat ya? Untuk korang yang lain, pastikan hati-hati bila drive tau…

Baca: Menyayat Hati… 5 Mangsa Rentung Dalam Satu Kereta Melibatkan Kemalangan Dengan 2 Treler

Untitled 1 4

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.