in

“Jangan deket-deket, takut Corona” – Wanita Lempar Wang Dari Dalam Kereta Dekat Peniaga Buah Konon Takut Jangkit Covid-19

Corona4

Di media sosial Indonesia sekarang ini tengah heboh pasal seorang wanita lempar duit dari dalam kereta dekat penjual buah semasa tengah beli buah duku dari lelaki tersebut.

Menerusi Tribun, aksi lempar wang itu dilakukan kononnya takut kena jangkit Coronavirus yang ada dekat tubuh badan peniaga itu dengan barang-barang yang dia jual.

 

Jangan dekat-dekat takut Corona”

Perbuatan itu dirakam dan dimuat naik di Instagram wanita itu sendiri sebelum merebak luas ke akaun yang lain.

Wanita bernama Okta itu hendak membeli buah duku dekat kawasan kaki lima lepas dah beli peniaga itu pun nak berikan kepadanya yang berada di dalam kereta.

Masa peniaga tu dah dekat, wanita itu macam menggelitat ketakutan nak sentuh plastik bungkusan buah duku tu. Malah dia siap suruh peniaga tu jangan dengan dia.

Si peniaga itu  pun meyakinkan bahawa dirinya tak ada dijangkiti Corona langsung.

“Gak apa-apa. virusnya juga takut sendiri,” jawab peniaga itu.

Wanita itu teriak macam orang histeria sebab takut sebelum lempar duit sambil gelak-gelak dekat peniaga itu.

Kata wanita tersebut dia merupakan pelanggan tetap kedai buah itu dan dah selalu sangat bergurau kasar.

“Orang tuh pada salah paham sama video gue yang melempar uang.Hey ya, sebelum tu video viral itu tuh dah disetting duluan. Gue sering becandaan sama tu pedagang. Itu tuh udah jadi langganan gue beli duku” 

 

Dah dirancang awal-awal

Kata wanita itu, perbuatannya sebenarnya telah dirancang awal-awal sebelum rakam dan ada minta kebenaran peniaga tersebut.

Katanya dia plan  lelaki itu lempar buah kat dia dan dia lempar duit.

“Jadi ya kalian tuh cuman ngelihat depannya doang. Kayak gitu langsung direkam dan dishare. Gue tuh udah minta maaf dan udah disetting. Mas ada Virus Corona. Nanti mas melempar dukunya ke saya plastiknya, dan saya melempar uangnya. Dia juga gak masalah tuh,” tegas Okta.

 

Tak dirancang – Peniaga 

Tapi menurut peniaga buah duku tersebut, dia tak ada pun kerjasama dengan wanita itu untuk masuk dalam video buat aksi lempar wang dekat dia.

Bahkan dia sendiri tak sedar yang dia tengah dirakam.

“Enggak (settingan). Kirain saya tuh ada yang megang HP yang logo Apple kirain gak mideoin, Pokoknya buat si teteh, jangan diulangin lagi yang kayak tadi. Boleh jangan deket-deket, tapi kalau pembayaran, uangnya jangan dilemparin, gak sopan”

Katanya lagi, layanan itu tak sepatutnya dilakukan. Mendengar penjelasan daripada peniaga buah itu, wanita itu pun bersemuka dengan peniaga tersebut untuk minta maaf.

“Bapak, Okta tidak akan melakukan hal seperti itu lagi,.bapak maafin Okta gak?”

Bagaimanapun peniaga itu telah memaafkan wanita tersebut. Memanglah benar nak social distancing. tapi jangan lah sampai buat gaya nak menjatuhkan dan memperlekehkan seseorang.

Wanita itu pun dah mengaku silapnya, harap dapatlah jadi pengajaran, jangan disebabkan ovid-19, kita hilang pertimbangan dan perikemanusiaan.

 

Baca : “Kau patah balik!” – [Video] Orang Kampung Memberontak Halau Ambulans Nak Kebumikan Mayat Pesakit Covid-19 Sebab Takut Jangkit

Voiddd