in

“Jangan buat malu!”- 9 Nama Negara & Bandar Di Seluruh Dunia Yang Orang Selalu Salah Sebut

F1 Slhsebt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat Malaysia terkenal dengan hobi mereka iaitu suka melancong dan berjalan-jalan tak kira di dalam atau luar negara. Namun, bila ke tempat orang, kena lah sebut nama tempat mereka dengan cara yang betul kan.


Kalau salah sebut, bukan hanya malu, silap-silap kena kecam lagi dengan orang tempatan di sana.

Oleh itu, kali ini Lobak Merah nak kongsikan dengan anda cara yang betul untuk sebut lapan sembilan negara dan bandar di seluruh dunia yang selalu orang tersalah sebut.

Jangan buat malu Malaysia lagi dah tau!

#1 Leicester Square, London 

Orang Malaysia ni memang suka sangat pergi UK kan, terutamanya London.

Leicester Square juga tak ketinggalan menjadi tempat yang orang kita suka lawat. Namun, jangan sebut Leicester tu sebagai Lay-Ches-ter tau sebab sebutan yang betul ialah LES-tuh.

#2 Reykjavik, Iceland 

Kalau anda ada cita-cita untuk tengok keindahan alam Aurora suatu hari nanti, mesti Reykjavik, Iceland bakal menjadi salah satu destinasi pelancongan impian anda.

Namun, tak dinafikan nama tempat itu agak sukar untuk disebut.

Tapi, jangan risau, REH-kyuh-vik ialah cara yang betul untuk menyebut nama tempat cantik di Iceland ini.

#3 Edinburgh, Scotland 

Ramai juga anak muda Malaysia yang bercita-cita nak sambung belajar di luar negara seperti di Scotland kan.

Slhsebt 2
Gambar sekadar hiasan

Tapi, sebelum masuk ke universiti di sana, min cadangkan korang belajar dulu cara-cara untuk sebut nama bandar di Scotland iaitu Edinburgh dengan betul

Cara sebutannya ialah eh-din-Bruh dan bukannya eh-din-BERGH. Huruf G dalam nama bandar ini tidak perlu dibunyikan.

#4 Seychelles 

Min tahu kewujudan pulau Seychelles ini ketika belajar di sekolah menengah dulu sebab time tu, silibus dalam subjek sejarah ada menceritakan tentang pulau ni.

Slhsebt 3

Waktu tu pelbagai cara pelajar sebut nama pulau ni, ada yang sebut sebagai seceles padahal cara yang betul untuk sebut nama tempat ini ialah say-SHELLS.

#5 Marseille, Perancis 

Tak dinafikan sebutan perkataan dalam bahasa Perancis kebanyakannya agak rumit untuk disebut oleh kita yang berlidah Melayu ni.

Tapi, apa salahnya kalau kita cuba untuk sebut nama-nama tempat negara itu dengan betul kan?

Macam nama tempat Marseille ini, cara sebutan betulnya ialah mahr-Say dan bukannya mah-sail.

#6 Munich, Jerman 

Ada yang selalu sebut Munich ini dengan cara Moo-neetch. Salah tu, cara yang betul ialah MEW-nik.

Slhsebt 4

#7 Bordeaux, Perancis 

Nama tempat ni memang agak rumit juga untuk disebut. Itu yang menyebabkan ramai antara pelancong yang ambil mudah dan sebutnya sebagai “bor-duk”.

Tapi, sebutannya yang betul ialah bor-DOUGH.

#8 Warwick, UK 

Cara yang betul untuk menyebut nama tempat di United Kingdom ini pula ialah WAR-rick.

Slhsebt 5

#9 Ljubljana, Slovenia 

Min rasa nama tempat ini yang paling sukar untuk disebut dalam banyak-banyak tempat yang kami dah kongsikan hari ini.

Namun, difahamkan, cara yang betul untuk menyebutnya ialah lyoo-blyAH-nuh sebab huruf J dalam namanya disebut sebagai huruf Y.

Mencabar jugak nak sebut nama-nama ni kan. Kena practice dulu la nampaknya sebelum pergi melancong ke tempat-tempat ni. 

Sumber: The Travel Intern

Baca: Wanita Selamat Lahirkan Bayi Dalam Penerbangan, Netizen Tertanya Nak Tulis Apa Kat Tempat Lahir Surat Beranak 

Slhsebt 1

Sumber: Kuoni.co.uk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.