in

“Jangan anggap boleh dibuat lawak” – Viral Video Prank Influencer Pakai Gelang Pink, Ini Respon DS Ismail Sabri

Chazy Prank

Baru-baru ini, seorang influencer dikenali sebagai Chazy Nash mendapat kecaman netizen apabila video yang dimuat naik olehnya di Instagram menjadi viral.

Melalui video itu, dia membuat prank memakai gelang pink di sebuah kedai makan dan seorang pengunjung kemudian menegurnya sebelum akhirnya terbongkar gelang itu adalah palsu, bukan dari KKM.

Bagaimanapun, dia sendiri dari awal mengakui video itu hanyalah lakonan semata-mata termasuklah semua individu yang berada di kedai berkenaan, semuanya pelakon saja. Kalau belum tengok, korang tonton video tu dekat bawah ni.

 

“Tujuan dia adalah menipu orang ramai, salah melakukan perkara tersebut”

Melalui sidang media sebentar tadi, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan respon apabila ditanya tentang hal berkenaan. Katanya, mana-mana individu yang mempersendakan gelang pink (yang diketahui umum hanya untuk mereka yang perlu jalani kuarantin) dianggap sebagai satu kesalahan menipu orang ramai.

Ismail

“Kalau dia tu betul-betul dikuarantin, keluar dengan pakai gelang tentu saja dia akan dikenakan tindakan.”

“Kalau dia tidak dikenakan kuarantin, tapi pakai gelang, dia juga menipu menggunakan bahan atau peralatan daripada Kementerian Kesihatan untuk tindakan tertentu bertujuan tertentu dan tujuan dia adalah menipu orang ramai. Dia pun salah melakukan perkara tersebut.”

 

Serahkan pada polis

Menurutnya lagi, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan terhadap influencer terbabit berhubung perkara itu. Selain itu, beliau turut berharap semua rakyat bertanggungjawab serta tidak menjadikan isu ini sebagai bahan gurauan.

“Terserah kepada polis untuk ambil tindakan.”

“Saya harap kita perlu bertanggungjawab. Jangan kita menjadikan ini sebagai bahan mainan atau ketawa. Ini melibatkan isu nyawa, isu yang besar.”

Jadi, jangan menganggap ini perkara yang boleh dibuat lawak, dimain-mainkan kerana kesannya adalah amat besar.”

Mengakhiri komen beliau, Datuk Seri Ismail Sabri turut beri peringatan kepada semua pihak agar memandang serius tentang pandemik Covid-19 ini dan tidak dijadikan bahan ketawa.

Baca: “Video itu hanya syok2 shj” – Instafamous Minta Maaf Lepas Kena Kecam Buat Prank ‘Gelang Pink’

Pjimage 27 1