in

Jalil Hamid Terkilan Royalti Hanya RM100 Setahun Meski Lagu Sering Dimainkan Di Radio

Cover 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ayam,
Bermacam ayam,
Ada ayam kampung, ayam hutan, ayam siam
ayam turki, ayam belanda

Siapa yang selalu karaoke pasti pernah dengar lagu Ayam nyanyian Jalil Hamid ini. Meskipun sudah lama dicipta, lagu ini kadangkala dimainkan di corong-corong radio kerana masih mendapat sambutan.


Bagaimanapun, Jalil Hamid, 65, mendedahkan dia hanya menerima bayaran royalti sebanyak RM100 hingga RM300 dalam setahun meskipun lagu-lagunya sering mendapat permintaan peminat.

Jalilhamidayahanda

Pelakon ini turut meluahkan rasa kecewa kerana bayaran royalti yang diterima tidak selari dengan populariti lagunya. Jelas pelakon ini, lagu-lagunya masih lagi popular di radio negeri, dan pernah menjuarai carta. Malah, lagunya turut ‘sampai’ ke Singapura.

“Memang ada terima bayaran royalti tetapi, saya hairan kenapa hanya RM100?. Ada sekali RM300. Padahal lagu-lagu saya banyak. Bagi saya tidak berbaloi dan setimpal.

“Malah ada ramai rakan-rakan pelawak saya yang memilih menyanyikan lagu Ayam atau Raya di majlis-majlis tertentu, tetapi itulah royalti yang diterima, tidak berbaloi,” katanya.

Jalil Hamid turut mendedahkan dia pernah ditawarkan oleh sebuah produksi untuk menjayakan satu watak. Namun bayaran yang ditawarkan oleh produksi tersebut hanyalah RM200.

Jelas pelakon veteran ini, dia menolak tawaran tersebut kerana rasa seperti diperlekehkan dan menyifatkan tawaran tersebut sebagai memijak maruah seorang anak seni.

“Bagi saya, tolak sahaja. Insya-Allah ada rezeki lain. Tak perlu rendahkan maruah kita sebagai anak seni,” kata pelakon ini kepada sumber.

Sumber: Utusan

BACA: “Bila dah mati esok baru lah buat tribute la” – Jalil Hamid Tak Dapat Job 7 Bulan, Ini Respon Pedas Adibah Noor

Capture 1

Sumber: Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.