Sebelum ini pelakon, pelawak, dan penyanyi veteran Jalil Hamid ada menzahirkan rasa terkilan terhadap bayaran yang ditawarkan yang hanya berjumlah RM 1,500 untuk memegang watak utama.
Disebabkan itu, Harian Metro melaporkan bahawa pelakon lagenda itu kini ‘menganggur’ sampai 7 bulan disebabkan kelantangannya itu.
Katanya `apa yang disuarakan itu adalah perkara wajar kerana tidak patut soal bayaran untuk pelakon lama dan berpengalaman sepertinya diperlekehkan.
Bila dah mati esok barulah terhegeh-hegeh buat tribute la, minggu penghargaan la”
Sebagai salah seorang penggiat senior dalam industri tanah air ini, Adibah Noor ada lantang menempelak pihak-pihak tertentu demi mempertahankan Jalil Hamid.
bila dah mati esok barulah terheheh2 buat tribute la, minggu penghargaan la, apa la, tunjuk balik semua drama/filem lakonannya.. dan terus kaut untung… waris satu sen pun tak dapat apa2 royalty ke, kepala mesin ke, bontot keretapi ke.
— ADIBAH NOOR 🇲🇾😼 (@adibahnoor) November 28, 2019
Ia berikutan dengan penularan isu tersebut di Twitter, ramai netizen bengang kerana pelakon yang berkualiti seperti Jalil Hamid diperlekehkan sebaliknya menaikkan nama-nama pelakon ‘kayu’.
“Ya. Yg belakon mcm kayu kau bayar mahal2 lagi2 scene nangis smpai kemik-kemik muke dan so fake dipuja-puja sana sini buat publisiti nk naikkan artis sendu itu tapi yang berbakat ko bayar sikit.”
Malah, bagi Adibah juga turut menegaskan cara segelintir pihak yang hanya menghargai hasil karya penggiat apabila mereka dah tak ada.
Malah, baginya itupun dianggap sebagai strategi untuk kaut untung sementara waris tak dapat apa-apa.