in

Jakarta Alami Krisis Kekurangan Tanah Kubur, Jumlah Korban COVID-19 Terus Meningkat

Untitled Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Indonesia mencatatkan 3,629 kes jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, satu jumlah yang sangat mengerikan — bukti hakikat sebenar betapa sedang menularnya virus tanpa penawar itu di negara tetangga kita.


Ketika petugas barisan hadapan republik itu masih kekal bergelut melawan COVID-19, timbul satu masalah baru di ibu negaranya. Angka korban semakin meningkat, dan Jakarta di ambang krisis kekurangan tanah perkuburan.

Menurut laporan The Jakarta Post, kawasan perkuburan Pondok Ranggon di Jakarta Timur dijangka akan kehabisan ruang untuk menampung pemakaman korban COVID-19 menjelang Oktober ini.

02 Pemakaman Pasien Covid 19 Jelang Ramadhan Tirto.id Hafitz Maulana Ratio 16X9 1

Pihak pengurusan Pondok Ranggon memaklumkan, setakat ini hanya 1,100 ruang yang tinggal untuk mengebumikan jenazah di kawasan yang berkeluasan 7,000 meter persegi itu.

Keadaan dijangka akan menjadi lebih kritikal pada pertengahan Oktober nanti, apabila Pondok Ranggon hanya mampu menerima anggaran 380 ke 400 jenazah sahaja yang boleh ditanam di ruang yang masih ada.

Secara purata, sebanyak 700 jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Pondok Ranggon dalam tempoh sebulan. Pada Ogos lalu pula, purata 27 mayat dikebumikan di kawasan itu setiap hari — dengan jumlah tertinggi pernah direkodkan pada 31 Ogos.

Untuk rekod, Pondok Ranggon mula dijadikan pusat pengebumian bagi korban COVID-19 sejak Mac lepas.

 

Baca: “Gugur di medan perang” – Seramai 100 Doktor Muda di Indonesia Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Capture 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.