in

“Jagalah lembu anda, jangan biar berpeleseran” – Ambulans Teruk Kemalangan, KKM Tegur Pemilik Lembu Jaga Haiwan Ternakan

Lembus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mereka yang ada haiwan ternakan tu, tolong take note tentang hal ini. 


Semalam, sebuah ambulans yang dalam perjalanan menghantar pesakit ke Hospital Melaka kemalangan lepas merempuh seekor lembu yang melintas dekat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Kandang, Melaka.

Menurut Harian Metro, kejadian yang berlaku jam 7 pagi itu berlaku ketika ambulans dari Klinik Kesihatan Sungai Rambai dalam perjalanan ke Hospital Melaka.

Ambulans

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, seekor lembu melintas di laluan utama dan ambulans ketika itu dipandu di lorong kiri.

“Ambulans itu membawa pesakit lelaki berusia 40 tahun dan seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP).

“Akibat kemalangan itu, pemandu mengalami sakit di lutut kiri manakala pesakit dan PPP dilaporkan tidak cedera. Haiwan ternakan itu mati,” katanya.

Dalam pada itu, Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri, Rahmad Mariman mengingatkan pemilik dan penternak haiwan supaya tidak bersikap lepas tangan dalam isu keselamatan orang ramai.

“Saya meminta penternak lembu supaya tidak melepaskan haiwan di kawasan luar dari kandang kerana keadaan itu boleh mengancam keselamatan orang ramai.

“Pihak berkuasa bukan saja boleh mengenakan kompaun malah sitaan ke atas haiwan juga akan diambil,” katanya.

 

“Wahai pemilik lembu sekalian, jagalah lembu anda. Jangan biar ‘berpeleseran’…” 

Perkara ini juga mendapat perhatian admin page rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia yang menegur sikap pemilik haiwan ternakan yang suka membiarkan haiwan mereka ‘berpeleseran’ tanpa arah di jalan raya. 

Perkara ini boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya tau!

Wahai pemilik lembu sekalian, jagalah lembu anda. Jangan biar 'berpeleseran' tanpa arah tujuan yang boleh mengancam…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Isnin, 28 September 2020

 

Kenyataan KKM itu juga mendapat sokongan netizen yang mempunyai pendapat yang sama. Patutnya pemilik haiwan ini dikenakan tindakan serius oleh penguat kuasa jikalau ia melibatkan nyawa pengguna jalan raya.

Lembu

Harap pemilik haiwan ternakan take note tentang isu ini. Membahayakan pengguna jalan raya tau!

Baca: “Masih mampu berjalan sebelum ‘terduduk'” – Netizen Simpati Nasib Tapir Cedera Dilanggar Kereta di Dungun

Ttt 1

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.