in

“Jadi simbol seram pulak”- Gimik Promosi Filem Seram Indonesia Guna Telekung Dikecam Netizen

f4 gimik filem seram pakai telekung solat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem seram dari Indonesia bertajuk Sijjin yang akan ditayangkan di Malaysia tak lama telah menjadi perhatian netizen.

Ini berikutan gimik promosi filem tersebut yang diadakan bersempena dengan tayangan khas  di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) telah menjadi buah mulut netizen.


Menerusi Facebook, pihak GSC telah berkongsikan gimik promosi filem itu yang menggunakan telekung dalam kempen promosi sempena tayangan khas itu.

Dapat dilihat dalam perkongsian GSC bahawa terdapat jenazah yang lengkap dikapankan telah dikelilingi oleh beberapa orang individu yang memakai telekung.

11 1

Artikel Berkaitan: “Tak seram tapi baik!” – Ini 7 Penampakan Hantu Yang Suka Tolong Orang Di Seluruh Dunia

Artikel Berkaitan: “Macam tak kelakar je” – Buat ‘Content’ Pasal Solat, Netizen Anggap Norreen Melampau

Selain itu, penonton tayangan khas filem seram Indonesia itu juga ‘didatangi’ oleh hantu bertelekung itu ketika di dalam dewan tayangan.

Namun, penggunaan telekung dalam gimik promosi filem hantu Sijjin itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di mana rata-ratanya kurang senang melihat telekung seakan dijadikan simbol seram dan ia dikhuatiri boleh menimbulkan salah faham kepada penonton filem tersebut yang bukan Islam.

10

9 1

Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang mengingatkan team pemasaran GSC agar menyimpan atau melupuskan dengan baik poster-poster filem tersebut kerana dalam poster itu terdapat kalimah suci Allah.

8 2

Apa pula pendapat korang tentang isu penggunaan telekung ni? 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.