Terbaru, satu video promosi robot vakum pintar yang menjadi viral di X dek kerana jalan ceritanya memaparkan parodi hantu dari pelbagai negara. Hantu tersebut melakonkan pelbagai watak yang boleh relate dengan negara-negara yang dipilih.
https://twitter.com/nazmihanafiah/status/1727183460828397771?s=46&t=iEeesGSSOOhFntVefTQWpg
Video itu memberi point of view cerita seram dari pelbagai negara seperti di Malaysia, Thailand, Hong Kong, India dan Singapura. Negara yang pertama adalah parodi filem seram dari Malaysia.
Hantu kena ‘kepak’ badan
Pada mulanya, hantu tersebut merangkak menghampiri seorang lelaki sambil anggota badannya terkepak-kepak dan disebabkan itu, lelaki tersebut menyangka hantu itu mempunyai masalah sakit sendi. Dengan baik hati, lelaki itu terus membuat rawatan kiropraktik bertujuan untuk membetulkan posisi sendi dan tulang hantu tersebut.
Sebelum ini, pernah viral rawatan kiropraktik di Malaysia yang mana pakar kiropraktik akan mengepak beberapa anggota badan pesakit bagi membetulkan posisi sendi dan tulangnya.
Artikel berkaitan: “Tak seram tapi baik!” – Ini 7 Penampakan Hantu Yang Suka Tolong Orang Di Seluruh Dunia
Artikel berkaitan: Lelaki Menjerit & Dirasuk Jam 4 Pagi, Penduduk Panggil Polis Untuk Bantu Halau Hantu
Hantu kelakar Thailand
Kalau anda gemar menonton cerita hantu dari Thailand, pasti anda tahu sesetengah cerita seram dari negara itu menyelit unsur jenaka sehingga membuatkan penontonnya tak kering gusi. Sama seperti iklan ini, lelaki itu terkejut dengan kehadiran hantu itu namun dengan santainya hantu tersebut bercakap dengan lelaki itu seolah-olah tiada apa terjadi.
Rumah sempit di Hong Kong
Lain pula cerita seram dari Hong Kong, hnatu itu merangkak mendekati lelaki tersebut namun beberapa kali kepalanya terhantuk di dinding dan perabot rumah tersebut. Lalu hantu itu bangun dan berkata,
Bro, your HK house got small bit anot. This one people can live meh. Almost my coffin size only.
Lelaki tersebut terus bangun dan memarahi hantu itu dan mengatakan ramai orang di Hong Kong terpaksa mengumpul duit sepanjang hidup demi membeli rumah yang mahal di negara itu.
Hantu zoom in, zoom out
Cerita dari negara India yang popular dengan effect zoom in dan zoom out juga dimasukkan dalam video ini yang mana hantu itu berdiri sahaja di satu tempat lalu ia disunting menggunakan effect zoom in dan zoom out. Bukan itu sahaja, musik latar belakangnya juga membuatkan babak itu nampak epik.
Hantu sapu lantai rumah
Bagi cerita di Singapura, hantu yang berambut panjang itu merangkak sambil rambutnya ‘menyapu’ lantai di rumah itu. Lelaki tersebut terus memarahi hantu itu kerana rambutnya yang selalu gugur di dalam rumah. Ia menyebabkan rumah tersebut selalu kotor akan tetapi dengan menggunakan robot vakum pintar, masalah lantai kotor di rumahnya selesai.
Walau bagaimanapun video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Memang semua boleh relate! Paling win yang India tu.
Sumber: X