Satu pantai popular di Sydney, Australia penuh sesak dengan orang walaupun kerajaan dorang dah merayu supaya orang ramai duduk di rumah untuk mengelakkan penularan wabak coronavirus.
Pantai Northern Beaches ini memang dikenali sebagai hotspot coronavirus selepas terdapat pengesahan 101 kes positif Covid-19 di pantai ini sahaja.
Pun begitu menurut Daily Mail, pasangan, keluarga dan rakan-rakan dapat dilihat selamba melepak di sana dan tak hiraukan jarak sosial yang disarankan kerana dorang merasakan aktiviti berenang waktu pagi tak patut terbantut hanya kerana krisis global ini. Seriouslahhh
Salah seorang yang ada di pantai tersebut mengatakan yang dia tak berapa nak faham dengan arahan yang diberikan oleh kerajaan.
Tak jelas sama ada kitaorang patut keluar atau duduk rumah.”
Tambahnya lagi, bila dah ramai sangat yang datang ke pantai, susah untuk dorang patuhi arahan kerajaan untuk berada pada jarak 1.5 meter dari satu sama lain.
Beberapa orang lain pula mengatakan yang dorang rasa selamat je bila pergi ke pantai asalkan dorang berhati-hati.
Bukan tu je, turut kelihatan ibu bapa yang selamba bawa anak-anak bermain di pantai dan bawa bayi kecil bersiar-siar di sana,
Kitaorang hati-hati dan sentiasa bawa hand sanitiser.”
Turut kelihatan dua pegawai polis yang menjaga pantai ini meminta orang yang tak bersenam di kawasan ini untuk pulang ke rumah.
Selepas melihat ramai rakyat Australia tak ambil kisah tentang arahan dari kerajaan untuk duduk di rumah, pihak berkuasa telah mengambil tindakan untuk menutup kawasan-kawasan pantai di Sydney bagi mengelakkan orang berkumpul dan bersesak di sana.
Apalah yang susah sangat nak faham dorang ni ek?
Baca: Panik Gara-Gara Covid-19, Rakyat Australia Gaduh Berebutkan Tisu Tandas