in

Jabatan Hal Ehwal Agama Siasat Video Tular CEO Tabung Haji Properties Mencarut Dalam Mesyuarat?

Ceo Swear 1

Siasatan dalaman kini sedang dijalankan ke atas Tabung Haji (TH) Properties Sdn Bhd oleh Jabatan Hal Ehwal Agama selepas video menunjukkan CEO syarikat ini mengeluarkan kata-kata kesat dalam mesyuarat tertutup tular di media sosial.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary mengatakan bahawa siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti individu yang merakamkan video tersebut dan bagaimana ia boleh tersebar, lapor Kosmo.

Utu Jakim 1

“CEO syarikat juga telah memohon maaf atas ketelanjuran percakapan sewaktu sesi mesyuarat yang diadakan secara tertutup. Kita juga tidak tahu bagaimana video itu boleh bocor kepada umum.”

Gambaran video yang tular itu tiada kaitan dengan syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan kesalahan peribadi individu itu.”

Sejak video berdurasi 3 minit ini tular, CEO TH Properties Damanhuri Mahmood telah pun mengeluarkan pemohonan maaf secara terbuka 25 Disember lalu sekaligus mengesahkan yang video tersebut adalah benar.

Ceo Swear 2

“Perlakuan saya tidak mencerminkan nilai syarikat dan saya mohon maaf. Kami akan berusaha untuk berubah ke arah yang lebih positif untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni bagi warga TH Properties.”

“Inilah jenis CEO buat kerja. Dia marah pasal kerja, bukan pasal takde kena mengena”

Pun begitu, di ruangan komen video yang telah mendapat tontonan sebanyak 23K ini, ada juga netizen yang faham dengan tindakan Damanhuri ini yang “marah pasal kerja”.

Screenshot 2020 12 29 At 12.03.17 Pm Down

 

Baca: Isu Status Agama Disiasat, Kerajaan Akan Panggil Illi Najwa

Screenshot 2020 12 29 At 12.11.49 Pm