in

“Itu pengajaran & hikmah” – Zarina Zainuddin Harap Ruhainies & Aliff Aziz Tidak Digam Kerana…

Untitled Design 98

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak perkara yang membuatkan seseorang individu atau lebih tepat lagi, selebriti disekat atau digam sesebuah stesen TV atau produksi.


Ia biasanya melibatkan sikap serta disiplin seseorang selebriti itu atau tindakan yang melampaui batas.

Pelakon lejen, Zarina Zainuddin antara artis yang pernah digam daripada muncul  dalam stesen TV, RTM.

Artikel berkaitan: Hajat Zarina Zainuddin Nak Nikahkan Anak Istimewa Ditentang Segelintir Pihak Sebab…

Artikel berkaitan: “Tolong doakan saya sihat” –  Zarina Zainuddin Terkejut Baca Berita Sudah Meninggal Dunia

Dalam laporan Berita Harian, Zarina berkata sepanjang dia digam itu, dia merasakan tempoh itu amat memberikan kesan, apatah lagi, dari segi lakonan sumber pendapatan.

“Saya pernah kena gam selama dua tahun. Saya tiada ‘job’ lakonan dengan RTM, tetapi itulah perjalanan hidup saya. Memang sedih bila kena gam sebab berlakon adalah periuk nasi.

Saya sudah biasa ‘shooting’, walaupun berniaga. Saya tetap rasa nak berlakon. Rasa sedih bila orang tak bagi saya berlakon.Tapi, saya muhasabah diri, saya turun naik RTM buat rayuan dan sebagainya. Lama jugalah barulah saya dapat kelonggaran kembali berlakon,” katanya.

Tambahnya lagi, pada ketika itu dia banyak bermuhasabah diri dan percaya bahawa dugaannya itu mempunyai hikmah dan pengajaran.

Selain itu, dia juga berharap agar artis sensasi masa kini iaitu Aliff Aziz dan Ruhainies tidak dikenakan tindakan sepertinya dahulu.

“Seperti apa yang terjadi kepada Ruhainies dan Aliff Aziz, baru-baru ini, itu adalah pengajaran dan hikmah buat mereka. Bagi saya, jangan gam mereka terus, kasihan. Mereka juga nak cari makan.

Kita tak tahu apa yang berlaku sebab tidak berada di tempat mereka. Tak boleh tuduh mereka lakukan perkara tak elok,” katanya.

Sebagai info, pada tahun 1992, Zarina terpalit dengan kes terhangat di mana gambar bogelnya tersebar serta diedarkan seluruh negara.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.