in

“Tolong doakan saya sihat” – Zarina Zainuddin Terkejut Baca Berita Sudah Meninggal Dunia

Ft Zarina Zainuddin Berita Palsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam kesibukan bekerja menjalani penggambaran drama, pelakon, Zarina Zainuddin terkejut apabila dilaporkan sudah meninggal dunia oleh sebuah portal berita di media sosial dan tertanya apa tujuan sebenar yang dilakukan pihak terbabit.


Menurut sumber, Zarina dapat tahu mengenai perkongsian berita tidak berasas itu pada pagi tadi daripada seorang adik angkatnya di Johor.

Oleh itu, Zarina telah memuat naik sebuah hantaran di akaun rasmi Instagramnya untuk menjelaskan keadaannya yang sebenar sekali gus menafikan dakwaan mengenai dirinya itu.

https://www.instagram.com/p/CqmP52VvhyG/

“Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana saya masih lagi sihat dan boleh bekerja. Saya berada di lokasi penggambaran drama untuk slot Samarinda TV3 dan perlu menyiapkan lakonan yang belum selesai.”

” Saya amat terkejut dengan berita tidak betul yang disebarkan itu dan saya juga tidak faham apa niat sebenar mereka. Sebenarnya mereka nak minta kita popularkan laman sesawang ke atau blog ke, itu yang saya tak faham,” katanya.

Zarina Zainuddin 1680589492

Selain itu, Zarina turut meminta orang ramai agar mendoakan dirinya panjang umur dan dimurahkan rezeki.

“Apapun, mohon doakan saya agar panjang umur, sihat dan keluarga saya diberikan perlindungan,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Zarina berasa bimbang jika berita tersebut dilihat dan dibaca anak istimewanya, Azal yang sedang membantu menguruskan jualan pulut kuning di karnival di Singapura.

Menurut Zarina, berita kematian palsu tersebut yang melibatkan dirinya itu baru kali pertama berlaku dan dia mengharapkan mereka yang tidak bertanggunjawab itu diberikan kesedaran dan keinsafan pada bulan yang mulia ini.

Nasib baik tuan badan sempat jelaskan keadaan sebenar…

Sumber: Instagram, Harian Metro

Baca : Zarina Zainuddin Sedih Ada Individu Edit Wikipedia Anak, Dituduh Tak Siuman & Psiko

New 728X383 1

 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.