Krisis rumah tangga antara pengarah terkenal tanah air, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah masih berpanjangan berikut baru-baru ini beliau enggan melepaskan isterinya.
Sebagai bapa, pengarah Datuk Yusof Haslam mengakui dia berasa sedih apabila ramai netizen ingin memboikot filem arahan Syamsul disebabkan kemelut rumah tangga anak yang melanda anaknya itu.
“Terus terang saya sebagai bapa sedih apabila ada orang kata nak boikot filem Syamsul, bagi saya tidak adil. Masalah peribadi itu peribadi, kerja itu kerja.”
Memetik laporan Astro Awani, Datuk Yusof Haslam benar-benar kecewa dengan tindakan segelintir netizen yang mahu memboikot filem arahan Syamsul Yusoh hanya kerana kontroversi rumah tangga yang dihadapinya.
Yusof juga berkata tindakan itu adalah tidak adil kerana pembikinan filem tidak ada kena mengena dengan krisis peribadi antara Syamsul dan Puteri Sarah.
Untuk rekod, Syamsul mengakui telah bernikah dengan Ira Kazar awal tahun ini. Sehubungan dengan pernikahan itu, Puteri Sarah telah menuntut untuk diceraikan, namun tidak dilepaskan oleh Syamsul. Krisis rumah tangga mereka ini mendapat liputan media dan menarik perhatian netizen untuk sama mengulas.