in

Yusof Haslam Baru Tahu Syamsul Kahwin Dua, Akui Puteri Sarah Menantu Kesayangan

1Yh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia hiburan dikejutkan dengan pengakuan pengarah dan pelakon tanah air, Syamsul Yusof yang telah melangsungkan pernikahan buat kali kedua dengan Ira Kazar. Perkara itu disahkan sendiri Syamsul bagi menjawab kontroversi yang melanda rumah tangga beliau dan isterinya Puteri Sarah.


Screenshot 2023 01 07 At 10.13.03 Am

Turut terpalit dengan kontroversi itu, bapa Syamsul yang merupakan penerbit terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam. Memetik sumber dari Harian Metro, Yusof mendakwa hanya tahu anaknya itu sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand selepas dimaklumkan seorang rakan.

Walaupun tidak mengetahui tentang pernikahan kedua anaknya itu, Yusof bagaimanapun yakin anaknya cukup dewasa untuk menentukan baik dan buruk sesuatu perkara. Yusof juga mengakui sedikit kesal dengan tindakan Syamsul yang menyembunyikan perkara itu terlalu lama serta tidak berterus terang dari awal sehingga tercetusnya kemelut rumah tangga dengan menantunya Puteri Sarah.

Screenshot 2023 01 07 At 10.10.33 Am

Ketika ditanya mengenai restu pernikahan Syamsul dan Ira, Yusof hanya mendoakan yang terbaik untuk anaknya.

Saya nak menjaga hati semua pihak terutama besan-besan, hati menantu kesayangan saya (Puteri Sarah) dan hati isteri” – Datuk Yusof Haslam.

Untuk rekod, Syamsul Yusof mengesahkan telah bernikah dengan Ira Kazar melalui satu hantaran di Instagram miliknya.

 

Baca: [TERKINI] Syamsul Yusof Buat Pengakuan Sudah Bernikah Dengan Ira Kazar

Ira Kaza Syamsul Yusof

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.