in

“Itu kali pertama & terakhir saya berlakon” – ‘Peragut Wan Maimunah’ Terharu Aksi Diingati, Bangga Mesej Iklan Sampai Kepada Penonton

Peragut Wan Maimunah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang masih ingat watak ‘peragut Wan Maimunah’ dalam satu iklan khidmat masyarakat pada tahun 2006 tak lama dulu?


Rasa-rasanya walaupun sudah berbelas tahun iklan itu ditayangkan, setiap scene iklan tersebut masih diingati oleh rakyat Malaysia tambah-tambah pulak watak peragut yang kini sering menjadi memes di media sosial.

Meskipun iklan tu femes, tapi korang mesti terlintas di fikiran kan, di mana agaknya sekarang pelakon yang melakonkan watak yang begitu melekat dalam minda kita ni?

Menurut Harian Metro, lelaki tersebut akhirnya muncul diwawancara akhbar dan menceritakan pengalamannya menjadi pelakon iklan bersama pelakon veteran, Wan Maimunah.

Mohd Uzreen Mohd Kassim, 39, berkata, dia yang kini berkerja sebagai pemandu lori telah ditawarkan berlakon dalam iklan tersebut pada tahun 2006 dan menerimanya kerana tiada pekerjaan pada masa tu.

Peragut

“Saya ditawarkan berlakon oleh seorang rakan yang ketika itu bekerja di Filem Negara Malaysia (FNM) dan terkejut kerana tawaran datang secara spontan sedangkan saya pula tiada pengalaman berlakon.

“Kebetulan, saya tiada pekerjaan pada waktu itu jadi terima tawaran untuk mencuba walaupun rasa agak kekok dan susah untuk melakukannya (berlakon),” katanya.

 

Kenangan terindah kerana berlakon dengan Wan Maimunah 

Katanya lagi, sebagai seseorang yang tiada pengalaman, peluang berlakon itu dianggap sebagai kenangan terindah terutama apabila dia digandingkan dengan pelakon hebat seperti Wan Maimunah.

“Perasaan saya bercampur baur, teruja ada, takut pun ada ketika berlakon dengan ibu (gelaran untuk Wan Maimunah) di set penggambaran.

“Namun, ibu tidak lokek berkongsi ilmu malah banyak membantu dan mengajar saya bagaimana melakonkan watak peragut di set penggambaran.

Ibu seorang pelakon yang profesional dan tidak kisah saya menolaknya dengan betul sekalipun kerana mahu adegan kami nampak hidup,” katanya lagi.

Wan

Dia juga katanya ada terbaca kenyataan daripada pelakon veteran tersebut yang ingin bertemu dengannya suatu masa dulu.

“Saya ada menerima panggilan daripada anak angkat ibu yang mahu mengatur pertemuan kami selepas tersiarnya kisah itu di portal berita dan laman sosial.

“Namun, ia kemudiannya senyap begitu saja dan difahamkan ibu mempunyai masalah kesihatan.

“Ikutkan, saya juga (mahu) bertemu dengan ibu jika ada masa yang sesuai tetapi tidak pasti adakah dia masih ingat dengan saya atau tidak,” katanya.

553 1

 

“Tawaran pertama dan terakhir berlakon” 

Uzreen yang mempunyai seorang anak itu berkata, selepas iklan tersebut dia tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon selepas itu.

“Itu (tawaran) kali pertama juga terakhir saya berlakon dan tiada lagi selepas itu tetapi impaknya besar sehingga kini terutama selepas video iklan itu kembali tular di laman sosial beberapa bulan lalu,” katanya.

Tambahnya lagi, dia kemudian telah menerima beratus mesej di Facebook daripada individu tak dikenali yang ingin menjadi sahabatnya. Jujur dia sangat bangga kerana mesej iklan tersebut sampai kepada penonton dan dapat memberi kesedaran kepada masyarkat.

Bila disoal mengenai wajahnya yang kini menjadi memes di beberapa laman media sosial, Uzreen menjawab yang dia pada mulanya memang marah dengan tindakan individu tersebut.

“Mulanya memang marah tetapi akhirnya saya anggap ia sebagai hiburan saja untuk pengikut laman itu,” katanya.

Fuh tak sangka lepas 14 tahun… kenal juga kita siapa ‘peragut Wan Maimunah’ ye. 

Baca: “Ibu jangan nangis, semoga ibu sihat amin” – Pelakon Veteran, Wan Maimunah Terharu Terima Sumbangan Netizen

Wm

Sumber: Harian Metro
Sumber: Blog
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.