in

Tak Sangka Doa 2 Tahun Lalu Termakbul, Wan Maimunah ‘Meraung’ Dapat Panggilan Haji

Wan Maimunah Haji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak semua orang mampu mempunyai rezeki untuk melaksanakan rukun Islam kelima iaitu menunaikan ibadah haji. Sama ada berpeluang dalam masa yang singkat atau perlu menunggu dalam tempoh yang lebih lama lagi.


Satu kegembiraan yang tidak tergambar apabila terpilih untuk menunaikan haji dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.

Wan Maimunah meraung dapat panggilan haji

Pelakon veteran, Wan Maimunah ‘meraung’ apabila Lembaga Tabung Haji memaklumkan dia terpilih untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Artikel berkaitan: “Tak merajuk tapi kecewa” – Wan Maimunah Luah Hanya Dibayar RM200 Untuk Sebuah Telefilem

Menurut Berita Harian, khabar baik itu telah dimaklumkan sebelum Ramadan lalu dan difahamkan Wan Maimunah akan berangkat ke tanah suci pada 10 Mei ini.

Snapinsta.app 441145589 738030211826798 3511959353232494969 N 1080

Susulan itu, pelakon yang berusia 67 tahun itu meluahkan rasa syukur kerana tidak menyangka doa yang dipohon ketika mengerjakan ibadah umrah pada dua tahun lalu termakbul.

“Allah itu maha pengasih dan penyayang. Pada Disember 2022, saya tunaikan umrah dan saya akui, memang tak puas.

“Saya tak puas nak duduk depan Kaabah dari jam 9 pagi hingga sebelum solat Zohor dan menyebabkan saya terpaksa menolak melakukan aktiviti ziarah.

“Di depan Baitullah, saya mengadu pada Allah yang tak puas kerana hanya berkesempatan membuat umrah wajib sahaja,” katanya.

Wan Maimunah yang lebih mesra disapa ibu itu menceritakan dia memohon doa berharap diberi peluang untuk menyempurnakan rukun Islam kelima.

“Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan dan saya masih tak percaya akan berangkat ke Makkah dalam tempoh secepat ini,” katanya.

Bakal ke sana seorang diri, Wan Maimunah memohon agar urusan ibadah hajinya berjalan lancar dan dipermudahkan urusan.

Sumber: Berita Harian

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.