in

Isu Tauliah: Dusuki Minta Raja-Raja Melayu Bertemu, Khuatir Masyarakat Hilang Hormat Kepada Sistem Beraja

Cats 64

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ahmad Dusuki Abd Rani, bekas calon PAS dalam PRU lalu, mencadangkan para mufti di negara ini untuk menasihati sultan dan raja Melayu berkenaan isu pentauliahan penceramah agama. Jelasnya, isu ini boleh diselesaikan jika mufti mencari titik penyelesaian.


Jika tidak dibendung, Dusuki mendakwa ia boleh menjadi punca kepada perpecahan umat Islam di negata ini.

“Lebih baik raja-raja bertemu dan bincangkan isu pentauliahan ini.

“Lagipun Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pun sudah ada, jadi ia (isu pentauliahan) perlu diselaraskan setiap negeri,” katanya kepada sumber.

Untuk rekod, Dusuki merupakan antara personaliti yang dibatalkan tauliah mengajar oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

Dia turut mempersoalkan isu tauliah ini yang kelihatan tidak logik kerana ada personaliti yang sudah lama mengajar di Malaysia.

Ahmad Dusuki Abd Rani 681X405 1

Malah, Dusuki turut mengaitkan isu tauliah ini dengan persoalan hormat orang ramai kepada sistem beraja di negara ini.

“Bayangkan kalau ada seorang guru yang sudah berpuluh tahun sebelum ini berceramah, mengaji dan mempunyai ilmu tetapi tiba-tiba kata dia tidak dapat tauliah.

“Adakah itu logik? Semua ini boleh menyebabkan masyarakat berpecah belah dan hilang hormat kepada sistem beraja,” katanya.

Buat yang tidak tahu, Selangor merupakan antara negeri yang melarang penceramah politik memberikan kuliah di masjid atau surau untuk mengelakkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Antara negeri lain yang mengenakan arahan sama ialah Terengganu, Perak dan Wilayah Persekutuan.

Kredit: MalaysiaKini

BACA: Sultan Johor Titah Pecat AJK Masjid & Surau Jika Benarkan Penceramah Tiada Tauliah Beri Ceramah

Capture 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.