in

Isu Staf Tak Benarkan ‘Renew’ Pasport Sebab Tak Fasih Bahasa Melayu, Ini Penjelasan JIM

Tak Boleh Renew Pasport Tak Fasih Melayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular mengenai sebuah hantaran daripada seorang anak yang kecewa dengan layanan yang diberikan oleh staf imigresen di UTC Pulau Pinang.

Dalam hantaran itu, dia mendakwa ibunya tidak dibenarkan untuk memperbaharui pasport disebabkan tidak fasih bercakap bahasa Melayu.


Jelas lelaki itu, ibunya tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik kerana tidak bersekolah dan mendakwa penjelasan itu tidak diterima staf berkenaan.

Artikel berkaitan: Wanita Dakwa Diherdik Staf Imigresen Ketika Renew Pasport, Sebab Tak Fasih Cakap Bahasa Melayu

Artikel berkaitan: Gadis Jepun Tinggal 7 Bulan Di Malaysia Fasih Cakap Melayu, Siap Tahu Pasal ‘Janji Melayu’!

Pelanggan dah perbaharui pasport

Susulan isu itu, Jabatan Imigresen menerusi satu kenyataan mengatakan pelanggan berkenaan sudah dapat memperbaharui pasport dan telah mengambilnya di pejabat UTC Pulau Pinang pada 22 April.

Dalam kenyataan itu juga, pegawai-pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan hanya kerana faktor tersebut.

“Kami ingin menegaskan bahawa pegawai-pegawai Imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan,” katanya.

Namun, para pegawai tetap akan melaksanakan semakan rawak daripada pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

“Semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.”

Gl5Tzodbyaalchx

Isu ini juga telah meraih perhatian ramai dan menjadi perdebatan dalam kalangan netizen berhubung tindakan yang dilakukan staf terbabit.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.