in

Wanita Dakwa Diherdik Staf Imigresen Ketika Renew Pasport, Sebab Tak Fasih Cakap Bahasa Melayu

Wanita Diherdik Tak Fasih Melayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang wanita tular di media sosial apabila berkongsi pengalaman memperbaharui pasport di UTC Johor.


Wanita itu mendakwa telah diherdik oleh seorang staf lelaki di Pejabat Imigresen kerana tidak fasih berbahasa Melayu (BM) ketika mahu memperbaharui pasport anak perempuanya.

Ketika tiba giliran mereka di kaunter, staf yang bertugas bertanya berapa umur anaknya. Disebabkan anaknya tidak fasih BM, wanita itu tolong menjawabnya dalam bahasa Inggeris.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Anak Muda Singapura Dedah ‘Segan’ Cakap Dalam Bahasa Melayu, Ini Sebabnya…

Artikel berkaitan: “Sini takde limit sehari 100” – Pemuda Kongsikan ‘Port Baek’ Nak Buat Pasport Baru Dengan Cepat

Kk

“Kami warganegara tetapi belajar di Singapura sejak kecil. Jadi, BM kami kurang fasih tetapi kami terpelajar, sopan dan menghormati dan memahami.

“Ketika anak saya membalas pertanyaan staf yang menjaga kaunter, dia meminta anak saya untuk bercakap BM. Ini Malaysia, kamu orang Malaysia? Kamu adalah orang Malaysia dan kamu mesti bercakap dalam BM,” kongsi wanita itu sambil memberitahu nada staf berkenaan kedengaran garang.

Gajfivrbcaac1Js Gajfj6Cbiaagyb6

Wanita itu mendakwa staf berkenaan seperti memperlinya untuk menjadi warganegara Singapura jika tidak tahu berbahasa Melayu.

“Awak tahu kan dekat sini Malaysia? Tau cakap BM tak? Sekarang pergi luar negara seperti Taiwan pun penting BM ni, korang PR ke? PR atau warganegara pun, kalau ada IC Malaysia taktau cakap BM lebih baik consider untuk jadi PR Singapura, jangan dekat Malaysia, sini tak cakap Inggeris”, kata staf itu lagi.

Dakwanya, dia tetap dimarahi walaupun telah menjelaskan mengapa mereka tidak fasih dalam BM kerana menerima pendidikan di Singapura sejak kecil.

Gajfkd3Bmaaesv8 Gajfleqa8Aazooh

Dalam masa yang sama, wanita itu berkongsi dia mengalami masalah serupa di kaunter lain yang dijaga oleh staf wanita pula.

Katanya, staf wanita tidak memberi keizinan memperbaharui pasport anaknya kerana ada sedikit masalah mengenai dokumen berkaitan.

Bagaimanapun, wanita itu dapat memperbaharui pasport selepas dibantu oleh seorang rakan yang mengenali pegawai imigresen di situ.

Jelasnya, dia merasakan telah didiskriminasi kerana tidak fasih bertutur dalam BM dan menasihati kepada mereka yang lain untuk membawa seseorang yang tahu BM jika datang ke tempat seperti itu.

Gajfmi4Aqaayum9

Setakat artikel ini ditulis, Jabatan Imigresen Malaysia belum mengeluarkan kenyataan rasmi atau maklum balas mengenai isu tersebut.

Apa pendapat korang tentang isu ini?

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.