Polis Perak mengesahkan menerima tiga laporan polis terhadap pelakon Rafidah Ibrahim berhubung dakwaan menghasut berkaitan isu perobohan bangunan surau lama di Kampung Seri Keramat, Pasir Puteh, Ipoh, Perak.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, memaklumkan bahawa laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh semalam dan setakat ini, belum ada mana-mana individu termasuk Rafidah yang dipanggil untuk memberi keterangan.
@rafidahhjibrahim2nd Pemimpin Melayu akan sentiasa diuji dengan janji mereka pada rakyat #rafidahibrahim #pertahankansuraualkaramah
Artikel berkaitan: Didakwa Buat Hantaran Fitnah 4 Tahun Lalu, Rafidah Ibrahim Dituntut Bayar RM200K Dalam 7 Hari
Artikel berkaitan: “Pemaju dari Singapura, dah boleh berambus” – Rafidah Ucap Terima Kasih Kepada Sultan Selangor
“Keputusan untuk merobohkan bangunan lama surau itu akan diketahui pada Rabu depan.
Kejadian protes dan bantahan menyebabkan perobohan bangunan tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga mendapat keputusan mahkamah,” katanya.
Mengulas lanjut Noor Hisam memberitahu, tiada sebarang protes atau bantahan berlaku di surau berkenaan hari ini seperti yang diajak Rafidah menerusi video tular.
Sebelum ini, pelakon Rafidah Ibrahim mendakwa Surau Al-Karamah di Kampung Seri Keramat, Pasir Puteh, Ipoh, Perak akan dirobohkan, sedangkan MAIPk menjelaskan ia dibina di tanah bukan wakaf dan surau baharu sudah tersedia, sekali gus mencetuskan tiga laporan polis serta penangguhan perobohan oleh mahkamah.
Sumber: Kosmo!