Kecoh diperkatakan semalam mengenai dakwaan penyanyi terkenal bergenre indie, Noh Salleh dikatakan telah meludah ke arah penonton ketika membuat persembahan dalam sebuah konsert pada Sabtu lalu.
Susulan itu, pengurus penyanyi terbabit tampil menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.
https://twitter.com/myraibrahim_/status/1576819621554163714
Meludah sebab terkena renjatan elektrik
Menurut mStar, pengurusnya, Ahmad Ariffin Ahmad menjelaskan ludah penyanyi itu tidak kena pada penonton kerana dia sebenarnya meludah ke atas pentas yang kedudukannya jauh daripada peminat yang memenuhi ruang konsert.
Dakwaan Noh meludah ke bahagian penonton adalah tidak benar. Jarak penonton dan pentas juga dipisahkan oleh besi penghadang. Jadi tak mungkin terkena penonton,” katanya.
Dalam pada itu, pengurusnya juga menjelaskan bahawa tindakan Noh itu disebabkan dia terkena renjatan elektrik ketika meletakkan mikrofon dekat dengan mulutnya.
Renjatan itu mungkin disebabkan Noh berpeluh pada wajahnya dan menitis ke bahagian atas mikrofon sebelum renjatan berlaku.
Noh terasa seperti ada renjatan elektrik ketika meletakkan mikrofon dekat dengan mulutnya. Bagi mengalihkan rasa sakit, Noh secara spontan meludah,” jelasnya.
Pun begitu, Ariffin memohon maaf kepada mana-mana pihak jika ada yang kurang senang dengan perbuatan penyanyi berkenaan atau terkena tempias ludah pada hari itu.
“Kalau ada yang terkena tempias ludah Noh, kami memohon maaf kerana perkara itu tidak disengajakan.
“Kami berterima kasih sebab ramai orang prihatin dengan Noh, terus doakan kebaikan Noh,” katanya.
Harap Noh lepas ni berhati-hati dalam membuat apa-apa tindakan semasa membuat persembahan. Nasib baik tak kena penonton.
Baca: “Paling rockstar” – [VIDEO] Noh Salleh Dikecam Meludah Ketika Perform, Katanya Sampai Kena Penonton?