in

“Paling rockstar…” – [VIDEO] Noh Salleh Dikecam Meludah Ketika Perform, Katanya Sampai Kena Penonton?

Noh Salleh Ludah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lepas, arena muzik tempatan gamat dengan pelbagai konsert dari artis luar dan dalam negara. Baru-baru ini, sebuah konsert telah diadakan di MAEPS, Serdang yang menampilkan 13 persembahan daripada artis tempatan yang kebanyakannya merupakan artis indie.


Konsert yang sangat meriah itu bagaimanapun menjadi buah mulut ramai netizen apabila salah seorang artis didakwa meludah ketika membuat persembahan dalam konsert tersebut.

Artis yang dimaksudkan ialah Noh Salleh daripada kumpulan Hujan dan sebelum ini artis yang sama dikatakan pernah menerima beberapa kecaman selepas menghisap rokok ketika memperagakan sebuah jenama pakaian ketika Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW).

Menerusi tinjauan di ruangan replies, ada yang mengatakan perbuatan Noh Salleh itu telah ‘terkena’ seorang penonton pengawal keselamatan di situ.

Ns

“Paling rockstar…”

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter itu menerima respon yang pelbagai daripada netizen, malah ada yang mengatakan artis rock luar negara pun tidak pernah membuat persembahan sebegitu rupa.

Nsk

Hmm, kenapa dia buat macam tu eh? 

Baca: “Pasti ada hikmah yang Allah sudah atur” –  AG Coco Minta Orang Ramai Beri Noh Salleh Ruang

Ag Coco

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.