in

Digugurkan Dari The Original Gangster, Isteri Aaron Larang Suami Bersemuka Dengan Syamsul

F4 Aaron Aziz Syamsul Yusof

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh di media sosial tentang kenyataan jawab oleh Aaron Aziz tentang isu pelakon berusia 47 tahun itu digugurkan daripada filem The Original Gangster yang diarahkan oleh Syamsul Yusof.


Isu tersebut nampaknya telah memberi kesan kepada isteri Aaron Aziz, Diyana Halik yang juga merupakan pengurus pelakon itu.

Aaron mendedahkan menerusi Instagram hari ini bahawa isterinya itu melarangnya berjumpa dengan Syamsul tentang isu ini.

https://www.instagram.com/p/CqMBR4ugx7s/

Menurut Aaron lagi, dia tidak mahu lagi menjawab sebarang persoalan dan enggan memberi komen tentang isu tersebut selepas ini.

Tambahya lagi, Diyana memintanya untuk tidak bercakap tentang isu lagi kerana ia boleh mengganggu kesihatan mentalnya.

Menurut pelakon yang popular dengan drama Adam & Hawa itu juga, isterinya merupakan orang yang sering memberi nasihat kepadanya.

Bila anak bongsu saya naik bilik nangis dan bila isteri saya nangis, itu dah maksimum. Jika isteri saya cakap ‘no’, masih boleh bincang. Namun kalau isteri cakap ‘I forbid you’, maknanya itu dah level lain,” katanya di Instagram.

Menerusi hantaran di Instagram itu juga, Aaron telah berkongsikan tangkapan layar perbualan dirinya dengan isteri mengenai isu itu.

Dalam perbualan mereka, dapat dilihat Diyana sangat terkesan dengan isu tersebut.

Tambah Aaron lagi, dia percaya bahawa rezekinya adalah di tangan Allah dan bukannya di tangan manusia dan kesihatan mental keluarganya adalah keutamaannya.

Manakala Syamsul Yusof juga memuat naik kenyataan di Instagram Story di mana dia meminta agar itu pengguguran Aaron Aziz daripada filem itu tidak dipanjangkan lagi.

Aaron Aziz Syamsul Yusof

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Aaron Aziz sekeluarga.

Sumber: Instagram Aaron Aziz

Baca: “Kau kata pergi cucuk, aku cucuk!” – Aaron Aziz Dedah Perangai Sebenar Syamsul Yusof 

Ft Aaron Vs Syamsul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.