in

“Kau kata pergi cucuk, aku cucuk!” – Aaron Aziz Dedah Perangai Sebenar Syamsul Yusof

Ft Aaron Vs Syamsul

Daripada kes pergolakan rumah tangga, kontroversi yang melibatkan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof menjadi semakin meleret apabila berlaku krisis dengan pelakon Aaron Aziz.

Sebelum ini, dikhabarkan bahawa nama pelakon utama KL Gangster itu telah digugurkan daripada produksi yang diarahkan oleh Syamsul Yusof.

Tua, gemuk, sakit punca nama Aaron Aziz digugurkan 

Walaubagaimanapun, menerusi Malaysia Kini, Syamsul ada mendedahkan bahawa nama pelakon itu digugurkan adalah atas sebab faktor kesihatan. Ia selepas perbincangan menyeluruh bersama penerbit dan pelakon yang terlibat dalam genre aksi itu.

“Minta maaf, tapi saya perlu cakap benda betul dekat sini. Sayalah orang terakhir yang mahu gugurkan nama Aaron Aziz daripada filem ini. Sayalah orang pertama yang nak dia jadi hero filem saya.”

“Saya dimaklumkan bahawa Aaron tak boleh (teruskan lakonan) kerana antaranya sudah tua, faktor fizikal seperti gemuk serta ada slipped disc (tulang belakang tidak selari).”

Screenshot 2023 03 23 171432

“Tapi sayalah yang sentiasa meminta agar Aaron diberikan masa untuk kuruskan badan selain yakin, dia boleh menjayakan sesi latihan bersama pelakon lain dan sanggup melanjutkan sesi penggambaran kerana dia.”

Saya takut apa-apa terjadi dengannya sewaktu penggambaran terutamanya babak-babak aksi kerana dia mengalami slipped disc. Jadi, sekiranya berlaku apa-apa, saya pula nanti yang akan dipersalahkan.”

Kenyataan ini diberikan menerusi satu sidang media di Kuala Lumpur semalam. Rasa terpanggil, Aaron Aziz tampil memberikan respon dan menceritakan kejadian sebenar disebalik apa yang berlaku.

 

“Aku cakap kat kau, kalau nak badan macam ni kena cucuk, kau cakap apa? Pergi cucuk! Ni aku tunjuk kat kau, kau cakap pergi cucuk!”

Katanya, dia dikerah untuk turunkan berat badan, bahkan kata Aaron menerusi Instagram miliknya menjelaskan bahawa segala apa yang dijanjikan oleh Syamsul Yusof tidak ditepati.

Misalnya, semasa Aaron didatangi oleh Syamsul Yusof untuk propose menjayakan filem The Original Gangster ini, Aaron ada bertanyakan berkenaan dengan kekerapan adegan pergaduhan secara fizikal kerana keadaan kesihatannya tidak begitu memberangsangkan pada waktu tersebut.

Syamsul menyatakan bahawa tidak banyak, tetapi apabila sampai waktu untuk penggambaran, dia lah pelakon yang paling banyak melakukan aksi pergaduhan itu.

 

“Since kau tak nak jumpa so mcm ni lah cara nya aku boleh bela diri aku sendiri.
Satu yang kita mesti ada walau mcm manapun. Biar takde apa, tapi kita mesti berbudi dan berbahasa.”

Dalam pada itu, Aaron juga menyatakan bahawa permintaan Syamsul untuk mendapatkan contoh fizikal yang dia mahukan itu, Aaron Aziz turutkan biarpun diarah untuk ‘cucuk’.

“Before aku masuk choreography, aku dah pergi training dengan Saiful, kau tahu penat aku macam mana? 4 jam sehari training. Setiap hari bakar 1000 kalori, lepastu kau bagi aku gambar kata bro aku nak kau badan macam ni.”

“Aku boleh reply balik, aku boleh tunjuk semua reply dalam whatsapp, aku cakap kat kau, kalau nak badan macam ni kena cucuk, kau cakap apa? Pergi cucuk! Ni aku tunjuk kat kau, kau cakap pergi cucuk.”

Screenshot 2023 03 23 164848 Screenshot 2023 03 23 164930

Demi mencapai keinginan dan permintaannya, Aaron Aziz akur dan turutkan apa yang dimahukan oleh Syamsul dengan membuat kaedah suntikan steroid di badan.

Baca : “Dia ada slipped disc” – Syamsul Yusof Jawab Sebab Gugurkan Aaron Aziz Dari Produksi

Ft Syamsul Dan Aaron