in

“Saya sudah agak” – [VIDEO] Alif Satar Nafi Terlibat Dengan Sebarang Babak ‘Panas’ Filem Pulau

Ft Alif Satar Pulau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang semua tahu, antara topik hangat pada minggu ini ialah kontroversi filem pulau yang melibatkan babak ‘panas’ dan pemakaian yang agak keterlaluan sehingga mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet.


Bagaimanpun, apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila mereka melihat kehadiran pelakon terkenal, Alif Satar. Ini kerana, Alif pernah menegaskan bahawa dia tidak akan terjebak dengan adegan mesra ataupun intim dengan mana-mana pelakon wanita.

@pulaumovie

Pulau casts looking good and excited at the Press Conference! Tak sabarnya nak tengok diorang dalam movie ni! Received tones of smiles haritu, but will it be all smiles di dalam pawagam 9 Mac nanti? Jangan lupa, Pulau Movie akan ditayangkan di pawagam pada 9 Mac 2023. Shh, siapa pergi, dia mati! #PulauMovie #SiapaPergiDiaMati

♬ AIN’T GONNA STOP – Carol Kay

 

Tidak terlibat dengan mana-mana babak panas

Menurut sumber, Alif tidak terlibat dengan sebarang babak ‘panas’ dalam filem Pulau kerana pengarah memahami dan menghormati dirinya yang tidak mahu melibatkan dirinya dalam adegan mesra dengan mana-mana pelakon.

“Saya gementar juga tapi saya berasa sangat gembira sebab pengarah pun faham. Dia tidak satukan saya dalam satu babak. Saya rasa sangat terkejut kerana mereka pun memahami dan ada sempadan,” katanya.

Pada masa yang sama. Alif juga telah menjelaskan bahawa mereka mengadakan perbincangan terlebih dahulu sekiranya ada rasa kurang senang dengan babak lakonan.

Screenshot 2023 01 17 153039

Alif turut menjelaskan, dia sendiri tahu cita rasa penonton, budaya yang selesa dan cara lakonan yang bersesuai untuk tontonan umum kerana dirinya sudah lama berkecimpung dalam industri tersebut.

“Kalau saya fikir babak ini tidak boleh dan saya akan memberitahu pengarah, jadi memang ada banyak perbincangan di antara kami dalam filem ini.”

Alif berkata, dia tahu target audience untuk filem ini adalah orang Malaysia, oleh itu pelakon yang dipilih begitu majmuk dan dari pelbagai latar belakang.

Filem Pulau telah menjadi bualan netizen dan turut dikecam dan netizen bersependapat filem seperti itu tidak sepatutnya ditayangkan kepada umum.

Sumber: Gempak

Pehhhh nasib baik! Apa pendapat korang pasal filem ni?

Baca : “Cemana boleh lepas?” – [VIDEO] Filem Tempatan Didakwa Ada Unsur Lucah Terima Kritikan Netizen

Ft Pulauuuuuuuuu 758X399 1

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.