in

“Isteri tengah mengandung kan? – Kongsi Video Bagi Ular Sawa Makan Ayam ‘Hidup-Hidup’ Aliff Syukri Dihentam Lagi

Feature Image Ular Alip

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebut je nama Dato’ Sri Aliff Syukri sapa je yang tak kenal dengan telatah dan gelagat jutawan kosmetik tu. Dia yang umumnya sudah dikenali oleh jutaan rakyat Malaysia memang gemar memuat naik video apa sahaja di laman media sosial miliknya dengan tujuan berkongsi apa sahaja aktiviti hariannya.


Baru-baru ni, di laman Facebook milik Aliff Syukri Terlajak Laris dia ada memuat naik satu video berdurasi 5 minit 53 saat yang menunjukkan sesi pemberian makan terhadap beberapa ekor ular sawa, haiwan peliharaannya itu di resort miliknya yang dinamakan Sugeh Country House Sungai Buloh.

Kena Telan Hidup – Hidup!!.Inilah yang berlaku setiap kali sesi pemberian makanan kepada Ular sawa di Sugeh Village…

Posted by Aliff Syukri Terlajak Laris on Wednesday, November 13, 2019

Dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang dipercayai pekerja di resort tersebut sedang memberi makan kepada ular sawa yang berada dalam sangkar itu. Video ini turut menggunakan kapsyen kena telan hidup-hidup.

Ular 5
Sumber: facebook

Aliff Syukri turut berkongsi bahawa salah seekor ularnya itu mampu menelan ayam tersebut tanpa perlu membelitnya.

“Inilah yang berlaku setiap kali sesi pemberian makanan kepada Ular sawa di Sugeh Village Country House Sungai Buloh.”

“Setiap ular mempunyai cara tersendiri untuk memburu dan menelan mangsa”

“Yang menariknya adalah seekor ular sawa jantan jenis Granite Burmese yang menelan mangsa tanpa membelitnya terlebih dahulu.”

 

Ular Alif 1
Sumber: facebook

Namun, Aliff ada memberi amaran kepada penonton bahawa video ini mampu menggangu emosi jika lemah semangat.

“Jom kita saksikan bagaimana ia berlaku, video ini mungkin boleh mengganggu emosi penonton yang lemah semangat. Segala kesulitan amat lah dikesali”

Tapi ramai netizen yang tidak berpuas hati terhadap tindakan Aliff Syukri kerana memuat naik video ini yang dianggap melakukan kekejaman terhadap haiwan walaupun itu memang rantaian makanannya.

 

5Resa
Sumber: facebook

 

Btgvfdcsx
Sumber: facebook

 

Vgrfcedsx
Sumber: facebook

Tapi ada juga netizen yang mempertahankan tindakan itu yang mana ia memang merupakan habitat haiwan tersebut untuk makan binatang yang masih hidup.

Bekap 1
Sumber: facebook

Tapi macam mana sekali pun, admin faham, itu antara makanan yang dimakan oleh ular sawa yang dibela. Cumanya, jangan lah post dekat sosial media masa dia tengah makan ayam tu hidup-hidup.

 

Baca: “Jangan cari pasal… Ida tengah sarat” – Ibu Aliff Syukri Beri ‘Hint’ Rumah Tangga Anak & Isteri Kini Bermasalah?

Sssssss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.