in

“Jangan cari pasal… Ida tengah sarat” – Ibu Aliff Syukri Beri ‘Hint’ Rumah Tangga Anak & Isteri Kini Bermasalah?

Alip Shahida

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya dah lama juga kita tak dengar cerita tentang Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida Abdul Rashid. Tapi kalau korang perasan, sejak akhir-akhir ni kedua-dua pasangan suami isteri sering upload gambar dengan caption yang sedih di Instagram. 


Perkara ni seakan-akan menggambarkan masalah dan rasa sedih mereka berdua atas apa yang berlaku dalam perkahwinan mereka.

https://www.instagram.com/p/B3LsZCBlqTw/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=dlfix

 

Bonda Rozita beri bayangan Aliff dan Shahida ada masalah rumah tangga? 

Namun menerusi perkongsian di Instagram Bonda Rozita, ibu kepada Aliff Syukri ni seakan-akan mengiyakan bahawa pasangan suami isteri ni memang sedang menghadapi masalah.

Menurut Bonda Rozita, Aliff ada mengajak isterinya untuk terlibat sama dalam penggambaran bagi saluran Youtube Oh Abang Kosmetik. Namun Shahida dikatakan menolak dan Aliff telah memarahi isterinya kerana ‘banyak ragam’. 

View this post on Instagram

Anak sayang , menantu sy sayng..Keduanya anak sy ..Aduhai ujian Allah ginilah jd Mak..Ujian balik haji namanya . Anak senang sy jauhkan diri.. anak susah sy datang.. .hidup ni x lepas ujian Allah hantarkan pd manusia ..dr org keliling, keluarga, harta benda.. kesihatan , rupa paras juga ujian ” sy sgt jaga hati dn niat dn pesan pd anak2 HATI2 jaga hati dn iman waktu dlm kesenangan ” . Susah senang berbalik kpd Allah sahaja kerana islam itu ialah pendamaian dn jawaban pd kesulitan “ sbb tu Mak cakap anak2 kuatkan pegangan agama” . Malam tadi kri ajak sy shooting “oh abg kosmetik”.. dia marah dgn ida sbb ida bayk tingkah ( sy faham dia sarat dn tersinggung dgn kri) Sbb Ida x nk shooting.. sy kata dgn kri, jgn buat hal cari pasal biarkan ida yg tgh sarat mengandung.. tlg hormati dia..” . Sy ckp dgn kri lagi, kalau kamu nak mak shooting dlm “ oh abg kosmetik” dgn 1 syarat.. “ko kena izinkan mak bercakap benda yg betul sahaja x ada yg tipu.. Mak xkan cakap benda tipu hormati prinsip Mak , yg tua dah nk mati pun ( sy hanya akn cakap benda benar saja) dn mak x kan nak yg yg drama2..sy tak suka . supaya ada pembelajaran dn ilmu dari setiap apa yg mak sampaikan.. mak dh tua syukri.. mak x kuasa nk layan ko semata2 layan glamour ko , tanpa pengisian ilmu..” . Bila dia setuju dgn syarat sy baru sy nk shooting .. bkn tujuan sy nk membela kebaikan anak sy ataupun menutup keburukannya.. dia tetap ada kebaikan dn masih banyak keburukan.. . Manusia x pernah lepas dgn ke khilafan.. maka sbgai ibu sy sentiasa menyokong yg mana baik dn sentiasa menentang kpd perkara yg salah di sisi islam..

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

 

“Bonda memang mak yang terbaik… malah menjadi mertua yang hebat. Bukan semua orang merasa mertua baik macam ni” 

Posting yang dimuat naik Bonda Rozita ni telah mendapat perhatian netizen ramai kerana kemuliaan hatinya yang sentiasa menasihati anak dan menantu dalam soal perkahwinan.

Ramai di kalangan netizen mendoakan supaya perkahwinan Aliff dan Shahida kembali pulih dan Aliff mendengar segala nasihat daripada ibunya.

Netizen
sumber: instagram

Marilah kita doakan semoga hubungan Datuk Aliff dan isterinya baik-baik sahaja. Tok Aliff dengar lah cakap emak tu… Orang tua lebih makan garam. 

Baca: “Macam tu ke resit youtube?” – Aliff Syukri Kena Troll Tayang Bukti Income RM 62K Macam Resit Kedai Perabot

Alip

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.