in

“Isteri saya masih bersedih” – Datuk Yusof Haslam Enggan Ulas Isu Ira Kazar Hamil

Ft Syamsul Yusof Ira Kazar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu dan kontroversi yang melanda dalam rumah tangga pelakon Syamsul Yusof yang berkahwin lain nampaknya dilihat masih lagi menjadi bualan hangat apabila digemparkan satu dakwaan bahawa isteri kedua Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kini sedang hamil.


Susulan itu, untuk mendapat pengesahan, pihak media telah bertanyakan bapa kepada Syamsul iaitu pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam berkenaan dengan hal ini.

 

“Saya tak tahu dia (Ira) hamil ke apa. Saya tak tahu. Wallahualam.”

Menerusi Kosmo! Online, Yusof Haslam enggan mengulas isu tersebut, beliau juga menyatakan bahawa dirinya tidak berada dalam kedudukan untuk berbicara lanjut berhubung perihal terbabit.

“Isteri saya pun ada cakap tadi sebelum saya keluar, dia pesan jangan cakap apa-apa. Silap cakap nanti tak sedap pula. Saya tak mahu semua itu. Bukan apa, saya nak jaga hati isteri saya juga.”

Screenshot 2023 01 31 121044

“Dia (Fatimah) sekarang berada dalam keadaan sugul lagi. Pada masa sama, Syamsul anak saya, saya kena jaga hati dia juga. Saya tak nak hubungan kami jadi tak bagus.”

“Semualah, menantu saya dan cucu-cucu saya. Banyak hati yang perlu dijaga. Cucu-cucu saya dah faham dan dah matang.”

Lapor sumber, beliau yang ditemui pada tayangan perdana filem terbitan Skop Productions, Harum Malam di Starling Mall malam tadi mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua orang berhubung tragedi menimpa keluarganya.

“Saya doa yang baik buat anak-anak saya. Sesiapa sahajalah yang ada kaitan saya doakan yang terbaik.”

Baca : Puteri Sarah Ada Jalan Lain Jika Syamsul Yusof Enggan Cerai – Peguam

Peguam Puteri Sarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.