in

Isteri Salam Raya Suami Bertugas Di ‘Roadblock’ Dikompaun RM2,000, Ahli Perniagaan ‘Offer’ Nak Bayarkan

Collage 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, satu gambar yang dimuat naik di media sosial menunjukkan keluarga seorang anggota polis datang menziarahinya di sekatan jalan raya yang tular ini telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini siasatan awal mendapati perbuatan tersebut dikatakan tak melanggar SOP dan ia hanya dilihat sebagai satu tanggungjawab isteri untuk memberi sokongan moral kepada suami yang sedang bertugas.


Selepas selesai bersalaman, keluarga anggota berkenaan beredar pulang ke rumah. Siasatan mendapati tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan oleh mana-mana pihak.”

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Fadzil Ali berkata, siasatan lanjut dijalankan dan hasil mendapati anggota itu dan keluarganya tinggal di daerah Putrajaya.

Sjrputara1 1621082125

Namun, kelmarin pihak polis membuat keputusan untuk mengeluarkan kompaun sebanyak RM2,000 ke atas isteri anggota terbabit kerana melanggar SOP dengan menziarahi suami, lapor Harian Metro.

Pada awalnya, perbuatan itu dilihat sebagai satu tanggungjawab isteri untuk memberi sokongan moral kepada suami yang sedang bertugas dengan menghantar juadah di pagi raya.

“Namun, kepentingan awam adalah melebihi kepentingan individu dan pihak polis tidak mahu perbuatan sedemikian dijadikan alasan oleh semua ahli keluarga petugas untuk melawat keluarga yang bertugas di lapangan pada hari raya atau pun hari biasa.

“Bagi dakwaan menaiki kenderaan melebihi had tiga orang untuk sebuah kenderaan, tiada kompaun yang dikeluarkan kerana mereka menaiki dua kenderaan berbeza.”

Tambah Fadzil lagi, pihaknya tak akan berkompromi sekiranya wujud sebarang pelanggaran SOP dan akan mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja termasuk anggota PDRM sendiri.

Pun begitu, seorang ahli perniagaan Datuk Sunny Ung dari Kota Bharu mengatakan yang dia bersedia untuk membayar kompaun tersebut kerana menganggap perbuatan tersebut sebagai satu pengorbanan.

Saya kasihan dan terkilan dengan nasib yang menimpa keluarga berkenaan. Saya akui walaupun sedih, ia tetap menjadi kesalahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Namun, untuk kes berkenaan, budi bicara juga perlu kerana isteri dan anaknya membawa juadah raya dan ingin beraya dengan seorang ayah.”

Alhamdulillah, ada juga orang baik hati nak tolong bayarkan kompaun…

 

Baca: Rakyat Beraya Di Mall Gara-gara Tak Boleh Balik Kampung, Menteri Kesihatan Bimbang Cetus Krisis Jangkitan COVID 19

Screenshot 2021 05 18 At 2.10.20 Pm

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.